Sim Ann kongsi pelan SG kurangkan kesan perubahan iklim, pelepasan karbon di Perhimpunan Artik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Sim Ann)
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Sim Ann berkata peningkatan suhu di Artik akan menjejas negara-negara menjangkaui rantau itu
dan dunia mesti bekerjasama untuk menangani isu tersebut.
Menteri Negara Kanan Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara Sim Ann berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Bulatan Artik di Iceland.
Singapura menjadi negara pemerhati kepada Majlis Artik sejak 2013.
Dalam ucapannya, Cik Sim menekankan kesan kenaikan paras air laut ke atas negara-negara pulau yang rendah seperti Singapura.
Beliau turut berkongsi rancangan Singapura untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Cik Sim juga berikrar bahawa Singapura akan kekal sebagai rakan yang komited dan diyakini di rantau Artik.
Semasa majlis itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai dari Iceland, Norway, Denmark, China, dan Amerika Syarikat.
Mereka membincangkan perkembangan di Artik dan kepentingan berbilang pihak dan kerjasama antarabangsa dalam menangani perubahan iklim di rantau itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.