Skip to main content

Singapura

SilkAir batalkan lagi 4 penerbangan Boeing 737 MAX

Butir-butir mengenai empat penerbangan SilkAir antara Singapura dengan Yangon yang dibatalkan pada 24 Mac diumumkan oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) hari ini (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
SilkAir batalkan lagi 4 penerbangan Boeing 737 MAX

Pesawat baru Boeing 737 MAX 8 milik SilkAir di Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 10:39PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 10:43PM

SINGAPURA: Butir-butir mengenai empat penerbangan SilkAir antara Singapura dengan Yangon yang dibatalkan pada 24 Mac diumumkan oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) hari ini (18 Mac).

Penerbangan MI518, MI519, MI520 dan MI521 dibatalkan kerana langkah SilkAir mengatur semula penerbangannya selepas operasi kesemua enam pesawat Boeing 737 MAX 8 milik syarikat penerbangan itu digantung, menurutnya dalam satu kenyataan media.

SIA akan mengendalikan dua penerbangan tambahan antara Singapura dengan Yangon - iaitu SQ995 dan SQ996 - pada tarikh yang sama. Penerbangan itu akan beroperasi menggunakan pesawat Boeing 777-200ER.

SIA menyatakan menerusi lamannya bahawa ia akan "secara bertahap-tahap menyediakan perkembangan terkini" berhubung perubahan penerbangan kepada orang awam.

Menurut SIA, ia juga sedang "berhubung dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) untuk menangani kesan gangguan khidmat penerbangan".

DARI S'PURA KE KL

Ini adalah kali kedua penerbangan SilkAir dibatalkan selepas syarikat penerbangan itu mengumumkan pada 12 Mac bahawa ia membatalkan enam penerbangan antara Singapura dengan Kuala Lumpur dari 18 hingga 20 Mac, kecuali pada 19 dan 26 Mac.

Penerbangan MI323, MI324, MI325, MI326, MI327 dan MI328 adalah di antara penerbangan-penerbangan yang dibatalkan.

Menurut SIA, ia akan mengendalikan dua penerbangan tambahan antara kedua-dua bandar tersebut - iaitu SQ108 dan SQ109 - sepanjang tempoh yang sama, kecuali pada 19 dan 26 Mac.

Pengumuman itu dibuat selepas CAAS mengarahkan agar operasi semua pesawat Boeing 737 MAX dari dan menuju ke Singapura digantung buat sementara, menyusuli nahas pesawat Ethiopian Airlines pada 10 Mac.

Kesemua 157 penumpang dan anak kapal terkorban akibat nahas tersebut. Ia melibatkan sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8.

Ini adalah kali kedua pesawat jenis tersebut jatuh terhempas dalam tempoh kurang enam bulan.

Pada Oktober 2018, sebuah pesawat Indonesia Lion Air jatuh terhempas sejurus selepas ia berlepas, meragut nyawa kesemua 189 penumpang dan anak kapal. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita