Siling runtuh di Liat Towers; 3 dikejarkan ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:
Tiga orang dikejarkan ke hospital selepas siling runtuh di Liat Towers. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Tiga orang dikejarkan ke hospital selepas siling runtuh di Liat Towers, Orchard Road pada Jumaat (12 Sep).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 4.00 petang. Dua orang dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.
Apabila Mediacorp tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 6.00 petang, kawasan di luar Starbucks Liat Towers berhampiran paras jalan raya sudah dikepung. Siling palsu di bawah tangga luar tercabut sepenuhnya dan berselerakan di atas tanah. Kira-kira lima pegawai polis berada di lokasi kejadian pada masa itu.
Saksi yang ditemui Mediacorp berkata bahawa kejadian itu berlaku antara pukul 3.40 petang hingga 4.00 petang.
Cik Czandrya Cheong, yang sedang duduk berhampiran tingkap di sebuah kafe di bangunan itu bersama rakan-rakannya, terdengar "bunyi dentuman yang sangat kuat" dan melihat ke luar, mendapati kaca bertaburan di mana-mana.
"Kami semua keluar dan kami melihat siling sudah runtuh separuh. Jadi kami semua keluar untuk membantu menahan siling agar orang-orang yang terperangkap di bawahnya dapat keluar," katanya.
Seorang lagi saksi berkata bahawa runtuhan itu berlaku "sekali gus" dan menganggarkan sekitar enam pelajar dan beberapa orang dewasa terperangkap di bawah siling yang runtuh itu.
Encik Denzel Tear, yang sedang belajar di Starbucks ketika kejadian berlaku, berkata beliau melihat dua orang cedera: seorang gadis dengan luka di hidungnya dan seorang wanita hamil. Sebuah ambulans dipanggil kerana wanita hamil itu "cedera agak parah", katanya.
Cik Cheong berkata wanita hamil itu mengelak daripada runtuhan dan terjatuh ke tanah dalam proses itu.
Sebuah ambulans tiba dalam tempoh 10 hingga 15 minit, kata Encik Tear, sambil menambah anggota bomba dan pegawai polis juga berada di lokasi kejadian beberapa minit selepas insiden.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.