Skip to main content

Singapura

Sikap sambil lewa terhadap COVID-19 semakin meningkat di SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Apr 2023 07:19PM Dikemas Kini : 25 Apr 2023 10:06PM
SINGAPURA: Para doktor berkata sikap sambil lewa terhadap COVID-19 semakin meningkat di Singapura.

Lantaran itu, mereka mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan suntikan terkini dos penggalak vaksin COVID-19.

Ini walaupun Singapura kini menyifatkan virus itu sebagai endemik.

Satu tinjauan baru mendapati sepertiga penduduk Singapura yang dianggap paling berisiko dijangkiti COVID-19 yang teruk, kini tidak lagi menganggap virus itu sebagai ancaman terhadap kesihatan mereka.

Mereka juga tidak merancang untuk mendapatkan lagi suntikan vaksin dos penggalak.

Tinjauan itu dilakukan oleh syarikat Moderna serta Asia-Pacific Immunization Coalition dan melibatkan lebih 1,200 orang.

"50 peratus individu berkata mereka tidak mahu lagi mendapatkan vaksinasi COVID-19, jadi itu amat membimbangkan.

"Kerana jika anda berdepan dengan virus yang masih lagi menimbulkan banyak masalah di sini dan di negara-negara lain, kita perlu memastikan diri dilindungi, terutama jika kita membuka ekonomi dan orang ramai pergi bercuti," kata DR Ong Kian Chung, Presiden, Persatuan Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Singapura.

Ini walaupun 38 peratus individu yang ditinjau akur ada cukup data menunjukkan perlunya suntikan dos penggalak.

Selain itu hanya sekitar 12 peratus orang yang ditinjau percaya COVID-19 menimbulkan risiko tinggi kepada kesihatan mereka.

Seorang pakar penyakit berjangkit mengatakan kewaspadaan tambahan diperlukan terutama dengan lebih ramai orang meneruskan semula kegiatan harian.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita