Skip to main content

Singapura

Sikap ‘Masyarakat Diutamakan’ perkukuh negara dan masyarakat: SM Lee

Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata sikap “Masyarakat Diutamakan” merupakan satu etos positif dan bernilai yang dapat memperkukuh masyarakat dan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Sikap ‘Masyarakat Diutamakan’ perkukuh negara dan masyarakat: SM Lee

Menteri Kanan Lee Hsien Loong berucap di sebuah majlis makan malam amal anjuran Persatuan Automobil Singapura (AAS) pada 6 September 2025. (Gambar: MDDI)

SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata sikap “Masyarakat Diutamakan” merupakan satu etos positif dan bernilai yang dapat memperkukuh masyarakat dan negara.

Sikap tersebut pertama kali diketengahkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dalam Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR2025) pada bulan lalu.

Menurut Encik Lee, sikap itu merupakan sesuatu yang ingin dipupuk dan diperkukuh pemerintah di Singapura.

Bercakap di sebuah majlis makan malam amal anjuran Persatuan Automobil Singapura (AAS), Encik Lee menyifatkan persatuan itu sebagai penyedia utama khidmat bantuan tepi jalan.

Beliau menambah bahawa persatuan tersebut turut menyokong masyarakat secara menyeluruh, serta menjadikan pengalaman pemanduan di Singapura lebih lancar dan selamat.

“AAS adalah contoh yang baik bagi inisiatif akar umbi yang kami galakkan di Singapura. Sekumpulan individu yang mempunyai minat mendalam dalam satu bidang bergabung tenaga, berusaha gigih, dan memberi sumbangan berterusan kepada masyarakat selama bertahun-tahun.

“Dan dengan berbuat demikian, mereka menggalakkan pendekatan seluruh masyarakat untuk menangani pelbagai isu yang kita hadapi. Para aktivis berganding bahu untuk menyelesaikan masalah, bukannya sekadar memberi maklum balas dan meminta pemerintah untuk melakukan lebih banyak. Mereka mengambil pendekatan ‘Masyarakat Diutamakan’ dan ‘Bukan Individu’,” kata Encik Lee.
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita