Sijil halal syarikat ayam Hup Heng digantung 3 bulan sehingga 30 Nov
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sijil halal bagi sebuah pusat penyembelihan dan pembekal ayam tempatan, Hup Heng Poultry Industries Pte Ltd, digantung tiga bulan dari 30 Ogos sehingga 30 November 2023.
Ini disahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) kepada BERITA Mediacorp menerusi kiriman emel pada Khamis (31 Ogos).
Ini merupakan kali kedua syarikat itu digantung.
Pada 2018, syarikat itu pernah digantung selama lima bulan.

Pada waktu itu Hup Heng digantung kerana tidak memenuhi syarat-syarat pensijilan halal MUIS.
Menjawab pertanyaan BERITA Mediacorp, MUIS menyatakan penggantungan kali kedua ini juga atas perbuatan serupa iaitu tidak mematuhi syarat-syarat pensijilan halal MUIS.
"Disebabkan syarat-syarat kerahsiaan, kami (MUIS) tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai perbuatan tidak mematuhi (syarat-syarat pensijilan halal) yang dilakukan," tambah MUIS.
Hup Heng merupakan salah satu syarikat besar yang menyembelih dan memproses daging ayam halal di Singapura.
3 BULAN TIDAK BOLEH BEKAL AYAM HALAL DISEMBELIH, DIPROSES SYARIKAT
Dengan penggantungan terbaru itu, bermakna Hup Heng tidak boleh membekalkan ayam halal yang disembelih dan diproses oleh syarikat itu selama tempoh sekitar tiga bulan.
Berita mengenai penggantungan itu sampai ke pengetahuan BERITA Mediacorp menerusi kiriman mesej WhatsApp yang tular, menunjukkan petikan gambar surat pekeliling MUIS kepada pemilik sijil halal tempatan.

Surat pekeliling yang tertera "Sulit & Peribadi" (Private & Confidential) dan bertarikh 30 Ogos 2023 itu memaklumkan tentang penggantungan Hup Heng.
Dalam kenyataan tersebut, MUIS menasihatkan para pemegang sijil halal agar mencari pembekal alternatif, sedang Hup Heng menjalani tempoh penggantungan.
Sekalipun demikian, para pemegang sijil halal boleh terus mengimport produk ayam dan daging halal yang belum diproses atau masih dalam kotak asal daripada Hup Heng, menurut surat pekeliling tersebut.
Pihak kami sudah menghubungi Hup Heng untuk mengulas tentang penggantungan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.