Sijil halal digital MUIS disambut baik, proses lebih lancar, keyakinan pelanggan meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan sijil halal digital baharu disambut baik oleh syarikat-syarikat dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang menjangkakan proses operasi dan audit menjadi lebih cekap serta telus, memudahkan urusan operasi dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap status halal produk.
Antara ciri utama pembaharuan pada sijil halal yang dilancarkan pada 1 Oktober lalu ialah penggunaan kod QR dengan kemas kini masa nyata, serta tempoh sah sijil yang boleh dilanjutkan sehingga lima tahun bergantung kepada penilaian risiko halal setiap syarikat di bawah sistem Sistem Pengurusan Risiko Halal Komprehensif (CHARM).

PROSES AUDIT LEBIH LANCAR
Bagi syarikat penyedia khidmat makanan, Commonwealth Culinary Creations, pelaksanaan sijil halal digital itu dijangka mengurangkan masa menunggu serta memperkemas proses dokumentasi.
"Kami menjangkakan bahawa pelancaran produk-produk baharu akan lebih lancar terutamanya bagi kami sebagai pengeluar tempatan yang bekerjasama dengan premis-premis tempatan.
"Ini kerana masa putaran akan lebih singkat dan kita tidak perlu lagi menunggu untuk sijil fizikal," kata Eksekutif Kanan Pembangunan Produk Commonwealth Culinary Creations, Nur Rusydina Roslan.
Beliau menambah bahawa sijil digital halal itu akan melancarkan proses audit syarikat.
"Proses audit bagi kami akan lebih lancar kerana ramai pembekal kami adalah pembekal tempatan yang juga mempunyai pensijilan MUIS.
"Dengan ini, kami tidak perlu lagi menunggu sijil fizikal untuk produk-produk baharu dan ia akan lebih mudah bagi kami mengesahkan kesahihan sijil yang kami terima," kongsi Cik Rusydina kepada wartawan Nurfazirah Azman.
TINGKATKAN KEYAKINAN PELANGGAN DENGAN ADANYA KOD QR DAN PAPARAN DIGITAL
Cik Rusydina turut menyambut baik usaha MUIS untuk mempertingkat ketelusan melalui paparan digital yang disertakan dengan kod QR, yang menurutnya dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap status halal produk syarikat tersebut.
"Bagi pengguna-pengguna awam, mereka akan lebih yakin terhadap status produk kami kerana ia akan menjadi lebih mudah bagi mereka untuk mengesahkan kesahihan sijil kami serta kredibiliti sijil yang mereka lihat memandangkan ia dipaparkan di platform rasmi MUIS," kongsi Cik Rusydina.
Pandangan itu turut dikongsi Pengurus Kawal Selia Halal di Tenderfresh Group, Joffry Hamsani, yang menyifatkan sistem baharu itu sebagai langkah positif ke arah sistem yang lebih telus dan cekap.
"Prosesnya lebih lancar dan kami tidak perlu menunggu sijil fizikal yang baru. Semua maklumat tersedia dalam kod QR jadi ia mengurangkan risiko kesilapan dan mengelak isu sijil hilang, rosak atau tidak dikemaskini. Ini menjimatkan masa dan sijil tidak perlu dicetak dan digantikan setiap kali sijil halal itu diperbaharui," kata Encik Joffry.
Beliau menjelaskan bahawa penggunaan sijil digital itu bukan sahaja mempercepat proses dalaman, tetapi turut berperanan besar dalam membina kepercayaan pengguna terhadap keaslian sijil halal di premis mereka.
RANGKA KERJA BAHARU FHCB TINGKATKAN KEYAKINAN PRODUK IMPORT
Selain sijil digital, MUIS turut memperkenalkan rangka kerja pengiktirafan yang dipertingkatkan untuk badan pensijilan halal asing (FHCB).
Langkah itu dijangka akan memperkukuh keyakinan terhadap bahan-bahan mentah halal yang diimport ke Singapura.
"Dengan adanya kaedah yang sistematik untuk menilai kecekapan badan pensijilan luar negara, ia akan mengukuhkan lagi kredibiliti perkhidmatan pensijilan yang ditawarkan.
"Oleh itu, pengguna boleh lebih yakin terhadap status halal produk yang diimport dari luar negara dan seterusnya produk-produk yang dihasilkan secara tempatan yang menggunakan bahan-bahan import tersebut," kata Cik Rusydina.
Sementara itu, Encik Joffry melihat inisiatif itu sebagai jaminan terhadap kualiti bahan mentah halal di pasaran.
"Kami lebih yakin dengan sumber bahan import kerana hanya badan persijilan luar negara yang diiktiraf oleh MUIS sahaja diterima daripada pemohon sijil halal.
"Ini memastikan bahan mentah yang diimport benar-benar halal. Piawaian halal yang konsisten membantu syarikat Tenderfresh Group mengekalkan keyakinan pelanggan terhadap produk kami kerana ada sistem semakan yang lebih jelas terhadap badan pensijilan luar negara," kata Encik Joffry.
PLATFORM DIGITAL BAHARU BANTU TINGKATKAN KECEKAPAN & KESELAMATAN MAKANAN
Mereka melihat pelaksanaan platform digital MUIS sebagai langkah penting yang mampu mempercepat pemantauan serta meningkatkan ketelusan dalam proses pengiktirafan.
"Dengan adanya platform digital, proses pengiktirafan akan lebih mudah dan cepat. Ini bermakna kita sebagai pengeluaran tempatan dapat memperluaskan rantaian bekalan kami untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan memperkukuhkan keselamatan makanan Singapura untuk jangka masa yang panjang," kata Cik Rusydina.
Beliau menegaskan bahawa prinsip tersebut selaras dengan matlamat syarikat untuk menyediakan bekalan makanan yang konsisten dan berkualiti.
Encik Joffry menjelaskan bahawa pendigitalan proses pengiktirafan akan membantu mempercepat urusan import dan memudahkan kerjasama antarabangsa.
Melalui sistem digital, semakan sijil daripada FHCB dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu melalui proses manual.
"Kemas kini masa nyata status kelulusan membolehkan kami melihat terus apabila ada perubahan atau pembaharuan. Ini meningkatkan kecekapan import dan membantu kami mendapatkan kepastian lebih awal sebelum bahan mentah sampai ke Singapura.
"Ia juga mengukuhkan jaringan global dan membolehkan Tenderfresh Group bekerjasama lebih mudah dengan pembekal antarabangsa yang sahih," kongsi Encik Joffry.
Commonwealth Culinary Creations dan Tenderfresh Group percaya bahawa masa depan pensijilan halal di Singapura akan lebih cekap, diyakini dan sejajar dengan perkembangan industri halal global.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.