Sihat Membesar SG: Jururawat, jurulatih dampingi pelajar ikut maklum balas ibu bapa mengenai tabiat anak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di bawah strategi nasional baharu untuk menggalak gaya hidup yang lebih sihat dalam kalangan kanak-kanak, jururawat dan jurulatih yang dilatih akan mendampingi kanak-kanak berdasarkan soal selidik yang dilakukan ibu bapa mereka.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menyatakan demikian di parlimen pada Rabu (5 Feb), sebagai respons kepada pertanyaan daripada Anggota Parlimen mengenai program Sihat Membesar SG (Grow Well SG).
Garis panduan kesihatan bagi kanak-kanak tersebut akan disampaikan kepada ibu bapa melalui program kesihatan saringan tahunan di sekolah arus utama, dan proses saringan dan konsultasi dengan setiap kanak-kanak mungkin mengambil kira-kira 30 minit, tambahnya.
Sebelum proses saringan tahunan tersebut dijalankan, ibu bapa pelajar Darjah 1 hingga 3 akan mengisi satu soal selidik mengenai gaya hidup supaya tabiat gaya hidup kanak-kanak mereka diteliti, jelas Encik Ong.
Jururawat dan jurulatih gaya hidup yang dilatih tersebut daripada Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan kemudiannya menyemak semula respons tersebut dengan setiap pelajar dan memberi cadangan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Pelaksanaan rancangan tersebut berlandaskan proses sedia ada HPB dan Kementerian Pendidikan (MOE), dan pemerintah tidak akan mengerahkan tenaga kerja tambahan, jelas Encik Ong.
"Dalam pada itu, ia mengubah cara mereka lakukan sesuatu, dengan tumpuan yang lebih kukuh terhadap jagaan pencegahan bagi kanak-kanak, dan melibatkan ibu bapa untuk melakarkan dan mengikuti rancangan kesihatan," tambahnya.
Soal selidik tahunan yang disediakan kepada ibu bapa tersebut, dijangka mengandungi data yang dilaporkan sendiri mengenai tabiat gaya hidup anak-anak mereka. Dengan keputusan tersebut, pemerintah boleh memantau jika program Sihat Membesar SG mengubah tabiat, termasuk waktu penggunaan skrin, jelas Encik Ong.
HPB mempunyai seramai 100 kakitangan, yang berdedikasi terhadap mendampingi sekolah, menurutnya, sebagai respons kepada soalan tambahan daripada Cik He Ting Ru (WP-Sengkang) mengenai potensi tambahan beban kerja.
Rancangan kesihatan yang dilakarkan khas bagi setiap pelajar Darjah 1 hingga 3 itu, akan merangkumi saranan perubahan gaya hidup, keputusan saringan kesihatan sekolah, laporan vaksinasi dan rujukan kepada institusi jagaan kesihatan awam apabila diperlukan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) apabila program tersebut diumumkan.
Ibu bapa boleh mengakses rancangan kesihatan kanak-kanak mereka menerusi HealthHub dan, pada lewat tahun ini, melakarkan satu halaman profil bagi setiap kanak-kanak di wadah Healthy 365 untuk menerima saranan khas bagi setiap kanak-kanak berhubung membina tabiat sihat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.