Sidang puncak Persatuan Muhammadiyah tekankan usaha kolektif masyarakat, MMO kukuhkan institusi keluarga, belia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha kolektif antara masyarakat dan pertubuhan Melayu/Islam dalam memperkukuh institusi keluarga serta memperkasa golongan belia menjadi tumpuan utama Sidang Puncak Keluarga dan Belia anjuran Persatuan Muhammadiyah tahun ini.
Dengan tema “Kekal Teguh pada Iman dalam Masyarakat Moden: Meneladani Legasi Nabi Ibrahim A.S.”, sidang tersebut menekankan pentingnya badan-badan Melayu/Islam berganding bahu sebagai satu komuniti “sekampung” untuk menangani isu sosial dan jurang generasi.
Ia turut memberi penekanan terhadap penyemaian nilai-nilai seperti ketabahan, keyakinan dan khidmat kepada masyarakat sebagai tunjang keluarga Islam yang teguh.
Sidang puncak yang diadakan di Hotel Furama Riverfront pada Ahad (26 Okt), menampilkan Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), Rahayu Mahzam, dan Mantan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan sebagai panelis perbincangan.
USAHA KOLEKTIF MASYARAKAT DAN MMO KUKUHKAN INSTITUSI KELUARGA DAN BELIA
Salah satu aspek yang ditekankan dalam sesi sidang puncak tersebut adalah usaha kolektif masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam dalam mengukuhkan institusi keluarga dan belia.
"Inilah caranya untuk bagaimana kita boleh, dalam kita bincang tentang mengukuhkan keluarga, kita juga bincang tentang bagaimana kita boleh mengukuhkan keluarga-keluarga sebagai satu perkampungan saling bantu membantu antara satu sama lain kerana bersendirian sahaja, kita tidak mampu dan ia akan menjadi susah untuk berhadapan cabaran-cabaran ini," kata Ustaz Dr Hannan.

Antaranya dengan mengenal pasti prinsip dan nilai-nilai penting seperti keyakinan, ketabahan dan khidmat kepada masyarakat untuk diamalkan oleh keluarga dan disemai dalam diri golongan belia.
"MMO ataupun badan-badan Melayu/Islam harus lebih bekerjasama sekarang sebagai satu kampung seperti saya katakan tadi. Dia bukan hanya sebagai organisasi satu per satu. Muhammadiyah perlu bekerjasama dengan MENDAKI, PERGAS dan seumpamanya. Ini memerlukan usaha kolektif. Jadi, satu mengenal pasti nilai-nilai prinsip ini. Kedua menguatkan kerjasama koordinasi antara badan-badan Islam kita." tambahnya lagi.
Beliau juga menasihati belia agar tidak merasa keseorangan, sebaliknya terus mencari bimbingan dan menyumbang kepada masyarakat.
PERBEZAAN PENGALAMAN, LATAR SOSIAL DAN JURANG DIGITAL CABARAN UTAMA ANTARA IBU BAPA DAN BELIA
Cik Rahayu Mahzam menekankan bahawa belia merupakan pemimpin masa depan, namun potensi mereka sering dipandang rendah kerana tumpuan kepada pembangunan diri dan kerjaya.
Walau bagaimanapun, mereka memiliki ciri seperti celik digital, yakin, berani dan peka sosial. Belia digalakkan memperjuangkan isu penting seperti kesihatan mental, mencabar norma kerja, serta bekerjasama dengan generasi lebih tua demi manfaat masyarakat.

Perbezaan pengalaman, latar sosial dan jurang digital dikenal pasti sebagai cabaran utama antara ibu bapa dan anak muda.
Menurut Cik Rahayu, ramai ibu bapa kurang memahami risiko platform digital seperti Discord atau Roblox.
Untuk merapatkan jurang ini, beliau mencadangkan empati, komunikasi terbuka, pendidikan digital ibu bapa, serta bimbingan seimbang dengan kebebasan.
Sidang puncak ini merupakan kesinambungan daripada forum belia tahunan yang telah dimulakan sejak tahun 2023, dan kini mencapai kemuncaknya sebagai sebuah perhimpunan inklusif yang menggabungkan keluarga dan belia.
"Banyak maklum balas yang kami dapat sebenarnya daripada forum-forum yang kita lakukan pada tahun-tahun lepas dan forum-forum yang terdahulu banyak menumpukan kepada pembangunan belia. Dan kali ini kita perasan yang mana pembangunan ataupun pembentukan belia itu, dia tidak boleh berlaku secara terasing dan perlu kepada sokongan institusi kekeluargaan," kata Eksekutif Dakwah Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Norhakim Chaijie.
"Dan oleh kerana itulah forum yang kami adakan pada kali ini merupakan kesinambungan daripada forum-forum yang lalu, tetapi dengan tumpuan yang lebih luas yang lebih merata terhadap keluarga. Jadi, dia dapat merangkumi pembangunan belia dan juga institusi kekeluargaan," tambahnya lagi.
Para peserta berpeluang menyerap pelbagai pengajaran bermakna sepanjang sidang kemuncak tersebut, hasil daripada perbincangan yang mendalam dan perkongsian pengalaman oleh para panelis.
"Sesi hari ini telah membukakan mata saya terhadap isu-isu berkenaan dengan belia dan juga keluarga di mana saya telah diingatkan kembali tentang potensi belia dan bagaimana kita boleh membangkitkan kembali potensi belia. Ia memerlukan usaha daripada sekampung bukan saja daripada seseorang individu," kata seorang peserta, Soffiyah Mohd Kamal.
"Hari ini saya pelajari bahawa ada banyak pertubuhan di Singapura, terutamanya dalam komuniti Melayu. Terdapat badan- badan yang, sebagai remaja Muslim dalam Singapura, kita boleh pergi ke pertubuhan-pertubuhan itu sendiri untuk mencari pertolongan. Seperti contoh, kursus dalam kesihatan mental atau kewangan," kata seorang lagi peserta, Muhammad Irfan Mohd Aidi.
Selain forum yang dijalankan pada sidang puncak itu, ia juga menampilkan sesi perkongsian buku oleh Dr Mariam Aljunied dan Dr Nur Yakin M Ali, pengarang bersama karya “Menatang Syurga di Kaki-Mu: Panduan Menjaga Warga Emas Untuk Ahli Keluarga”.
Lebih 300 peserta daripada pelbagai latar — ibu bapa, belia, profesional dan pemimpin masyarakat menghadiri acara tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.