Sidang Puncak G20: PM Wong jumpa Presiden Ramaphosa, bincang kerjasama SG-Afrika Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menekankan kerjasama dua hala yang semakin meluas dengan Afrika Selatan, dalam pertemuannya dengan Presiden Cyril Ramaphosa di luar Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro, Brazil.
Singapura menjadi negara tetamu pada Sidang Puncak itu atas undangan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, selaku presiden G20.

Dalam satu catatan di Facebook pada Isnin (18 Nov), Encik Wong menarik perhatian hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang semakin kukuh dalam bidang-bidang utama.
"Singapura dan Afrika Selatan berkongsi kerjasama yang kukuh dengan hubungan perdagangan serta pelaburan yang semakin meningkat dalam bidang seperti ICT (Teknologi Maklumat dan Perhubungan) dan pembangunan kemahiran," kata Encik Wong.
Beliau juga mengalu-alukan peranan Afrika Selatan sebagai Presiden G20 yang akan datang.
Beliau melahirkan harapan Singapura bahawa G20 di bawah kepimpinan Afrika Selatan akan membantu menampilkan isu-isu penting berhubung pembangunan mampan dalam agenda global.
Afrika Selatan mengambil alih jawatan presiden G20 pada 2025, sekali gus yang pertama dipegang sebuah negara benua Afrika.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.