Sidang Puncak ASEAN: PCG pertingkat keselamatan di sempadan maritim
Pasukan Polis Singapura menyatakan hari ini (11 Nov) bahawa ia sudah selesai memasang kesemua 314 kamera pengawasan di sepanjang sempadan maritim negara sebagai sebahagian daripada langkah operasi keselamatan sempena Sidang Puncak ASEAN.
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura menyatakan hari ini (11 Nov) bahawa ia sudah selesai memasang kesemua 314 kamera pengawasan di sepanjang sempadan maritim negara sebagai sebahagian daripada langkah operasi keselamatan sempena Sidang Puncak ASEAN.
Sistem CCTV itu bertujuan memperkukuh pertahanan di sempadan maritim dengan membolehkan para pegawai Polis Pengawal Pantai mengesan dan memberi respons dengan lebih cekap terhadap jenayah-jenayah di perairan dan kawasan pantai Singapura.
Mereka juga boleh melihat rakaman CCTV daripada tablet mudah alih masing-masing ketika melakukan rondaan. Kamera-kamera tersebut dilengkapi dengan keupayaan memberikan penglihatan malam dari jarak jauh - iaitu sehingga beberapa ratus meter untuk mengesan dengan lebih baik sebarang ancaman seperti pengganas dan penyeludup, menurut CPG.
Semasa Sidang Puncak ke-33 ASEAN minggu depan (13-15 Nov), Polis Pengawal Pantai akan menjalankan lebih banyak rondaan di sepanjang Sungai Singapura, Kallang Basin dan Kolam Air Marina. Rondaan seperti itu lazimnya dijalankan semasa acara-acara besar seperti Perbarisan Hari Kebangsaan dan Grand Prix Formula One.
Di samping melindungi perairan Singapura, para pegawai juga perlu membiasakan diri dengan tempat berlangsungnya sidang puncak itu. Untuk itu, SPF bekerjasama dengan Suntec.
Sidang Puncak ASEAN diisytiharkan sebagai 'Acara Khas Keselamatan Dipertingkat' di bawah Akta Ketenteraman Awam.
Ini bermakna, pemeriksaan keselamatan lebih ketat akan dilakukan ke atas orang ramai dan kenderaan di dalam atau yang memasuki kawasan acara diadakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.