Sidang pra-perbicaraan Razif Radi dijadual pada Selasa, 7 April
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sidang pra-perbicaraan kes Razif Radi, telah dijadualkan pada Selasa (7 Apr).
Ia bagi tuduhan mengendalikan sebuah sekolah agama antara 2017 hingga 2020 di sebuah kafe di Jalan Pisang tanpa berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Jika didapati bersalah, Razif boleh dipenjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.
Razif sebelum ini dihukum penjara selama empat bulan pada Julai tahun lalu atas tuduhan menyebar ajaran bertentangan dengan syariah Islam.
Razif didapati menyebarkan ajaran sesat di Singapura antara 2004 hingga 2020 yang termasuk membenarkan perjudian, mengaku dirinya sebagai Nabi dan membenarkan 'nikah batin' antara lelaki dan wanita.
Perbicaraan bagi tuduhan itu berlangsung selama lima belas hari pada 2024.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.