Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SICC akan ambil tindakan terhadap "penceroboh" guna teknologi pintas sistem tempahan golf

Singapore Island Country Club (SICC) menyatakan pada Jumaat (11 Sep) bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap "penceroboh" setelah sebilangan anggota menggunakan program sofwe untuk menempah slot-slot masa yang popular.

Anggaran Waktu Membaca:
SICC akan ambil tindakan terhadap "penceroboh" guna teknologi pintas sistem tempahan golf

Gambar fail Singapore Island Country Club. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 06:34PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 06:38PM

SINGAPURA: Singapore Island Country Club (SICC) menyatakan pada Jumaat (11 Sep) bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap "penceroboh" setelah sebilangan anggota menggunakan program sofwe untuk menempah slot-slot masa yang popular.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SICC menyatakan bahawa pihak polis sudah dimaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dan kelab itu sedang memberikan kerjasama kepada siasatan polis.

Dalam notisnya kepada para anggota SICC pada Khamis yang dilihat oleh Mediacorp, SICC menyatakan bahawa sistem tempahan online bagi sesi golf "diceroboh" dengan sebilangan akaun anggota menggunakan 'bot' atau program berskrip untuk menempah slot-slot masa yang popular.

Sistem itu menerima "jutaan" permintaan tempahan setiap hari daripada bot automatik dan program berskrip, tambahnya.

SICC mendapati lebih 50 peratus tempahan golf online diselesaikan dalam tempoh hanya beberapa saat selepas tempahan dibuka, dengan yang terpantas diisikan dalam masa dua saat sahaja.

Kelab itu menyatakan pada Jumaat bahawa sistem tempahan golf berfungsi dengan biasa sehingga tempoh pasca pemutus rantaian jangkitan, apabila ia mengalami permintaan yang mendadak daripada para anggota yang ingin bermain golf.

Sejak tempahan-tempahan yang dibuat oleh bot dikesan pada Julai, SICC terus memantau urus niaga dan mengukuhkan sistemnya, menurut kelab itu, sambil menambah bahawa tiada data peribadi dibocorkan.

Buat masa ini, kelab itu sudah melaksanakan langkah-langkah seperti membenarkan para anggota membuat tempahan dengan menggunakan hanya satu sesi tempahan aktif pada satu-satu masa saja. Para anggota sebelum ini dibenarkan membuat beberapa tempahan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan