Siasatan tidak dijalankan atas PR SG dikehendaki China sebab tidak cukup bukti: SPF
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Achmad Ibrahim)
SINGAPURA: Bukti yang tidak cukup buat masa ini menyebabkan siasatan tidak dijalankan ke atas seorang Penduduk Tetap (PR) yang dikehendaki China berhubung dakwaan kesalahan pengubahan wang haram, umum Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (12 Dis).
Warga China Yan Zhenxing ditahan pada 2 Dis di Indonesia selepas dia tiba di Batam untuk bercuti dengan keluarganya.
Dalam jawapan kepada soalan Mediacorp berkaitan sama ada Yan dikehendaki di Singapura, SPF menyatakan: "Sehingga kini, kami tidak mempunyai bukti yang cukup bahawa Yan mungkin melakukan kesalahan pengubahan wang haram di bawah undang-undang Singapura, yang membenarkan kami untuk menjalankan siasatan rasmi ke atasnya."
Menurut pihak berkuasa Indonesia, Yan, yang didakwa membantu memindahkan wang haram hampir AS$18 juta (S$24 juta) daripada satu kumpulan perjudian online di China, diberkas susulan Notis Merah Interpol dikenakan terhadapnya.
Sekalipun demikian, Notis Merah Interpol tidak wujud ketika dia diberikan status PR, tambah polis.
Sebelum ini, polis juga memberitahu Mediacorp bahawa pihak berkuasa China tidak meminta sebarang bantuan.
"Jika kami menerima bukti yang boleh dipercayai terhadap kesalahan Yan, kami akan bertindak mengikut undang-undang kami, termasuk menilai status PRnya," jelas polis.
Polis menambah bahawa Notis Merah Interpol bukan waran tangkap, namun ia adalah
amaran antarabangsa yang diterbitkan atas permohonan negara anggota bagi individu yang dikehendaki.
"Oleh itu, Notis Merah Interpol tidak memberi polis kuasa untuk memberkas seorang pelarian yang dikehendaki bidang kuasa asing. Polis hanya akan melakukan demikian jika permohonan ekstradisi dilaksanakan di bawah perjanjian ekstradisi," jelas polis.
Namun, polis menyatakan mereka akan memantau Notis Merah Interpol dengan teliti, meskipun tiada permintaan bagi bantuan dari negara yang menerbitkan notis tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.