Skip to main content

Singapura

Siasatan ke atas kes kekejaman, pengabaian haiwan dihambat kurangnya bukti

Sejak lima tahun lalu, 22 orang sudahpun didakwa di mahkamah atas kesalahan bertindak kejam terhadap haiwan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 May 2021 07:35PM Dikemas Kini : 30 May 2021 08:46PM

SINGAPURA: Sejak lima tahun lalu, 22 orang sudahpun didakwa di mahkamah atas kesalahan bertindak kejam terhadap haiwan.

Ada tempat perlindungan haiwan di sini pula menerima hingga 50 laporan mengenai penganiayaan haiwan setiap minggu.

Namun, bukan mudah untuk membawa pesalah ke muka pengadilan terutamanya jika tiada cukup bukti.

Anak kucing yang diletakkan ke dalam mesin basuh dan peti sejuk. Burung-burung merpati yang ditusuk anak panah. Penganiayaan haiwan sedemikian masih terus berlaku.

Persatuan Kebajikan Kucing melahirkan kesediaan untuk membantu siasatan kes-kes seumpama itu.

Satu lagi bentuk penderaan adalah haiwan peliharaan yang diabaikan - sesuatu yang sering dilaporkan, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Menurut Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA), 24 orang didakwa atas kesalahan bertindak kejam terhadap haiwan sepanjang empat tahun lalu. 22 daripada mereka didapati bersalah dengan 11 daripadanya dihukum penjara.

Kebanyakan kesalahan itu melibatkan penganiayaan terhadap kucing dan anjing.

Jika didapati bersalah bertindak kejam terhadap haiwan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga 18 bulan dan denda sehingga S$15,000.

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita