Siasatan dijalankan susuli ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar
Anggaran Waktu Membaca:
- Angkatan Tentera Udara Singapura dan MINDEF menjalankan siasatan selepas menerima ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar pada 23 Januari.
- Operasi carian bom dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga, namun tiada ancaman sebenar ditemui.
- MINDEF menegaskan individu yang membuat ancaman palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan.
- Kesalahan ini boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum S$50,000 atau kedua-duanya sekali.
SINGAPURA: Siasatan masih dijalankan selepas Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) dimaklumkan pada Jumaat (23 Jan) kepada catatan online yang mendakwa ancaman bom di Pangkalan Udara Paya Lebar.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan langkah berjaga-jaga diambil dan operasi carian bom dijalankan di pangkalan udara tersebut.
Tiada ancaman dikenal pasti, menurut kementerian itu.
Mereka yang membuat ancaman bom palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan, menurut MINDEF.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum S$50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.