Siasatan dijalankan susuli 3 gangguan khidmat Laluan Thomson-East Coast dalam seminggu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA
SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SMRT, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan syarikat pembuat kereta api Perancis Alstom sedang bekerjasama selepas Laluan Thomson-East Coast mengalami tiga insiden gangguan dalam tempoh seminggu.
Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (3 Jan), SMRT menyatakan jurutera tersebut sedang menyiasat punca utama insiden itu, yang berlaku pada 27 Dis, 29 Dis dan 2 Jan, sambil menambah bahawa ketiga-tiga kelengahan itu tidak ada kaitan dengan satu sama lain.
"Kerosakan pada sistem isyarat telah menyebabkan gangguan pada 27 Disember dan akibatnya, "beberapa MRT menerima arahan berhenti dan terpaksa dipandu secara manual pada kelajuan 18 kilometer sejam (kph) selepas sistem tersebut ditetapkan semula", menurutnya.
"Pemberhentian khidmat untuk beberapa kali itu" pada 27 Disember berlarutan selama lebih 2.5 jam dan menyebabkan kelengahan sehingga 15 minit.
Dalam insiden yang berlaku pada 29 Dis pula, SMRT menyatakan ia melibatkan sebuah MRT yang mengalami "kerosakan brek untuk beberapa ketika" semasa ia meninggalkan sebuah stesen.
Ini menyebabkan kelengahan selama 15 minit bagi penumpang yang bergerak dari Stesen MRT Bayshore ke Woodlands North memandangkan MRT tersebut terpaksa bergerak lebih perlahan.
"Sejajar dengan protokol keselamatan, MRT tersebut dikendalikan secara manual pada kelajuan 18kph," tambah SMRT. "Kerosakan tersebut pulih secara automatik, sekali gus membolehkan khidmat biasa MRT disambung semula tidak lama kemudian."
Menurut SMRT, dapatan awal menunjukkan kemungkinan berlakunya kerosakan komponen dalam MRT tersebut.
Berhubung insiden pada 2 Januari, SMRT menyatakan sebuah MRT telah mengaktifkan sistem brek kecemasan itu semasa ia mendekati Stesen MRT Orchard, yang memerlukan pengendalian secara manual.
Penumpang kemudiannya dinasihatkan untuk mengambil kira masa tambahan selama 10 minit pada waktu perjalanan mereka dari Stesen MRT Caldecott dan Stesen MRT Bayshore disebabkan kerosakan MRT. Kerosakan tersebut telah dipulihkan dalam masa 30 minit.
Siasatan mengenai punca utama masih dijalankan, tambah SMRT, sambil menyatakan bahawa khidmat MRT terus beroperasi dalam kedua-dua arah semasa berlakunya ketiga-tiga insiden tersebut.
Siasatan berasingan sedang dijalankan ke atas gangguan khidmat MRT yang berlaku selama enam hari pada September lalu, di Laluan Timur-Barat antara Stesen MRT Jurong East dengan Stesen MRT Buona Vista.
Siasatan tersebut dijangka selesai dalam beberapa bulan, jelas LTA pada Oktober lalu.
Fasa keempat Laluan Thomson-East Coast (TEL4) - yang merangkumi stesen Marine Parade, Tanjong Rhu, Katong Park, Tanjong Katong, Marine Terrace, Siglap dan Bayshore - dibuka pada Jun lalu.
Fasa kelima laluan tersebut - yang menghubungkan Bayshore dan Sungei Bedok - akan siap menjelang 2026, manakala sambungan untuk menghubungkan TEL itu dengan Lapangan Terbang Changi akan siap dibina pada pertengahan 2030-an, di samping pembukaan Terminal 5.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.