Siasatan CPIB terhadap Iswaran selesai, kes di bawah semakan AGC
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) terhadap Menteri Pengangkutan S Iswaran sudah selesai.
Demikian didedahkan oleh Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Selasa (9 Jan).
Dalam jawapan bertulis kepada anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Chan, yang menjawab bagi pihak Perdana Menteri, berkata bahawa kes tersebut sedang disemak oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).
Cik Poa, seorang Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), bertanya mengenai kemas kini berhubung siasatan CPIB terhadap Encik Iswaran.
"Saya memahami bahawa terdapat banyak kepentingan awam dalam perkara ini," kata Encik Chan. "Saya ingin memberi jaminan bahawa kes ini akan melalui proses undang-undang yang sewajarnya. "
Beliau menarik perhatian bahawa CPIB sudah selesai melakukan "siasatan yang kukuh dan menyeluruh", dan perkara tersebut kini sedang ditangani AGC. "Ia lantas tidak sesuai untuk mengulas mengenai perkara itu pada ketika ini," ujarnya.
Pada 12 Julai tahun lalu, CPIB pertama kali mendedahkan bahawa Encik Iswaran sedang membantu dalam siasatan kes yang dikesan oleh agensi antirasuah itu.
Dua hari kemudian, CPIB menyatakan bahawa Menteri Pengangkutan itu sudahpun diberkas pada 11 Julai dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin. Pengarah pengurusan Hotel Properties Limited, Ong Beng Seng turut ditahan pada hari yang sama.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong seterusnya mengarahkan Encik Iswaran supaya mengambil cuti ketidakhadiran. Encik Lee juga berkata pada Ogos lalu bahawa gajinya akan dikurangkan kepada S$8,500 sebulan sehingga notis lanjut. Encik Iswaran akan terus menerima elaun penuh MP tahunan sebanyak S$192,500.
Hanya beberapa butiran sudah didedahkan berhubung siasatan CPIB ke atas Encik Iswaran. Ia masih tidak diketahui apa yang sedang disiasat, apa kuantum jaminannya atau bila siasatan tersebut selesai.
Mediacorp sudahpun menghubungi CPIB untuk mengulas mengenai hal tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.