Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siasatan Cordlife: Pengarah buat aduan polis berhubung 'kemungkinan salah laku' bekas pekerja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga pengarah Cordlife pada Rabu (17 Apr) membuat aduan polis mengenai "kemungkinan salah laku" bekas pekerja di tengah-tengah siasatan yang dijalankan ke atas unit darah tali pusat yang rosak.

Dalam pemfailan bursa pada Rabu malam, syarikat tersebut menyatakan ia telahpun menghimpunkan satu Jawatankuasa Siasatan (COI) untuk menjalankan siasatan dalaman mengenai sebab kira-kira 2,200 unit darah tali pusat dalam tangki pertama - Tangki A - rosak.

Cordlife berada di bawah pemantauan rapi selepas ia didedahkan pada November tahun lalu bahawa tujuh daripada 22 tangki simpanan terdedah kepada suhu melebihi had yang ditetapkan - 150 darjah Celsius, iaitu had yang boleh diterima bagi unit darah tali pusat.

"Berdasarkan dapatan awal siasatan dalaman yang dijalankan oleh perunding luar yang terlibat dalam COI (yang masih berterusan) dan maklumat yang tersedia, COI berpendapat, ia menemui bukti awal yang mendedahkan kemungkinan salah laku, melibatkan kebanyakan bekas pekerja kumpulan itu, yang mempunyai kaitan dengan insiden Tangki A," kata Cordlife.

Syarikat tersebut membuat aduan polis pada Rabu "berhubung salah laku berpotensi sedemikian" dan menyatakan ia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Dalam pemfailan itu, lembaga tersebut menyatakan aduan polis berkenaan dibuat tanpa dua pengarahnya - Encik Zhai Lingyun dan Cik Chen Xiaoling. Encik Zhai dan Cik Chen adalah pengarah penama Nanjing Xinjiekou Department Store, yang mempunyai 20.3 peratus kepentingan dalam Cordlife.

CNA sudahpun menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tujuh pengarah atau bekas pengarah diberkas berkait dengan kes tersebut, termasuk mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Poh Lan.
Awal bulan ini, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan kira-kira 5,300 unit darah tali pusat disimpan dalam sebuah tangki kedua Cordlife dan sebuah kontena barangan kering disifatkan sebagai "tidak berdaya hidup".

Jumlah tersebut tambahan kepada kira-kira 2,200 unit darah tali pusat yang rosak di dalam tangki pertama, dimiliki sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan.

Selain dua tangki dan kontena barangan kering tersebut, baki lima tangki yang menyimpan sekitar 14,000 unit dinilai sebagai "berisiko rendah".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan