Siaran Politik SMC Radin Mas: PAP gariskan inisiatif pekerjaan, naik taraf estet; calon RP tidak hadir rakam ucapan
Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Melvin Yong menyampaikan ucapan siaran politik kawasan undi bagi SMC Radin Mas pada Selasa (7 Jul).
Calon PAP bagi SMC Radin Mas, Melvin Yong, menyampaikan ucapan siaran politik kawasan undi pada 7 Jul 2020.
SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Melvin Yong menyampaikan ucapan siaran politik kawasan undi bagi SMC Radin Mas pada Selasa (7 Jul).
Calon Parti Reform Kumar Appavoo tidak hadir untuk merakamkan ucapan siaran politik kawasan undinya.
"PERLU PENUHI JANGKAAN TINGGI": MELVIN YONG
Encik Yong, mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, mengatakan bahawa beliau akan membantu penduduk dengan kerjaya mereka dan menambah baik estet di Radin Mas.
Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu berkata beliau memahami "keresahan tentang masa depan jangka terdekat" penduduk termasuk keselamatan pekerjaan bagi diri mereka sendiri serta masa depan pekerjaan buat anak-anak mereka.
Encik Tan, yang berucap dalam bahasa Inggeris untuk sekitar dua minit, menambah walaupun COVID-19 sudah "menjejas kehidupan kita sepenuhnya", beliau akan "menyatukan bantuan dan sumber gerakan buruh" untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi masyarakat tempatan.
Mereka akan menempatkan pembimbing kerjaya "paling berpengalaman" di pusat kejiranan supaya dapat membantu orang ramai mencari pekerjaan semasa tempoh ini.
Encik Yong berkata beliau mempunyai "jangkaan tinggi untuk dipenuhi" jika dipilih memandangkan beliau akan mengambil alih tugas mantan AP Sam Tan.
Encik Yong berkata beliau bukan baru kepada Radin Mas memandangkan beliau sudah berinteraksi dan bekerja rapat dengan ramai penduduk sepanjang lima tahun lalu semasa beliau mempengerusikan Majlis Bandaran Tanjong Pagar.
“Kami sudah membuat idea-idea bagi lif di ruang terbuka, akses bebas penghadang dan penghubung laluan berbumbung menjadi kenyataan. Kami menyegarkan estet menerusi kerja peningkatan rumah dan program pembaharuan kejiranan," ujarnya.
Beliau berikrar akan mewujudkan lebih banyak ruang hijau dan lebih banyak kemudahan buat keluarga serta memperkenalkan pencahayaan bijak serta panel suria.
PARTI REFORM MINTA MAAF
Dalam satu kenyataan media pada Selasa, Pengerusi Parti Reform Andy Zhu meminta maaf atas ketidakhadiran Encik Appavoo.
"Ini adalah peristiwa malang yang berlaku dalam keadaan tidak terduga yang mengakibatkan kami terlepas peluang untuk membuat rakaman. Oleh itu, kami mengharapkan pemahaman baik anda," kata Encik Zhu.
Beliau menambah Encik Appavoo akan memuat naik ucapannya di wadah media online beliau.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.