Siaran Politik Kawasan Undi: Teks ucapan PAP di GRC Sembawang
SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Sembawang, Mariam Jaafar, ingin memupuk kemahiran para pelajar melalui kerjasama di antara sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat di kawasan Sembawang.
Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Mariam Jaafar, semasa menyampaikan ucapan Siaran Politik Kawasan Undi.
SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Sembawang, Mariam Jaafar, ingin memupuk kemahiran para pelajar melalui kerjasama di antara sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat di kawasan Sembawang.
Beliau memberi contoh Sekolah Spectra dan Politeknik Republik sebagai antara institusi pendidikan yang tidak sahaja menumpukan kepada akademik tetapi membantu mengasah kemahiran-kemahiran lain para pelajarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Siaran Politik Kawasan Undi yang disiarkan hari ini (7 Jul).
Berikut ini teks penuh ucapan yang disampaikan Cik Mariam Jaafar dalam Bahasa Melayu:
Sebagai muka baru di kawasan undi Sembawang, saya amat tertawan dengan tempat ini.
Di Sembawang terdapat unsur-unsur yang lama dan juga yang baru.
Misalannya, Masjid Kampung Sembawang yang sangat rustik itu berbandingkan Masjid Yusof Ishak yang baru dan moden.
Namun, kisah Sembawang bukan setakat pembangunan infrastruktur tetapi juga perkembangan dalam segi perisian dan juga peluang.
Saya amat tertarik dengan sekolah-sekolah yang terdapat di sini.
Misalannya sekolah Spectra di mana pelajar-pelajarnya mengikut program bersepadu bukan sahaja menjalani aspek akademi tapi mereka juga didedahkan kepada bidang kemahiran yang luas seperti bidang perkebunan, kejuruteraan, hospitaliti dan penjualan peringkat asas.
Terdapat juga Politeknik Republik, di mana ramai penuntutnya dibimbing untuk menjadi pelatih kecergasan dan aktiviti luaran, serta juruteknik sonik.
Para penuntut ini bijak, berkemahiran tinggi dan mempunyai sifat kemasyarakatan.
Sistem pendidikan kami kini membuka pelbagai peluang bagi murid-murid.
Kami akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat di kawasan ini untuk mengadakan projek atau latihan, atau "internship", yang memupuk kemahiran mereka.
Kami juga akan membantu mereka yang telah memulakan pekerjaan untuk terus menaikkan taraf mereka melalui SkillsFuture.
Kami juga akan memberikan para pemuda ruangan yang selamat supaya anda boleh berkongsi pendapat dan menerajui program-program yang akan membawa faedah kepada masyarakat kita.
Perjalanan ini akan memakan masa yang panjang.
Namun, saya yakin bahawa kami akan dapat melakukannya.
Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk terus membangunkan Sembawang bersama kami dan menjadikannya tempat yang istimewa yang membanggakan buat anda sekeluarga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.