Siaran Politik Kawasan Undi: Teks ucapan PAP di GRC Pasir Ris-Punggol
SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha, ingin terus membantu dalam membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, selain mewujudkan pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Sharael Taha, semasa menyampaikan ucapan Siaran Politik Kawasan Undi
SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha, ingin terus membantu dalam membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, selain mewujudkan pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Siaran Politik Kawasan Undi yang disiarkan hari ini (6 Jul).
Berikut ini teks penuh ucapan yang disampaikan Encik Sharael Taha dalam Bahasa Melayu:
Salam Sejahtera. Saya Sharael Taha.
Pandemik COVID-19 telah mejejas seluruh Singapura.
Ramai yang telah hilang mata pencarian. Walaupun menghadapi cabaran ini, ramai rakyat Singapura tetap teguh bersatu.
Saya amat terharu dengan semangat bersatu dan saya ingin bekerjasama untuk terus membina komuniti yang lebih berdaya tahan.
Ekonomi digital dan industri 4.0 akan mengubah dunia yang kita kenali.
Saya ingin bekerjasama dengan masyarakat kita untuk mempertingkatkan kemahiran dan mempersiapkan diri menghadapi ekonomi baru ini dan juga mendekatkan para belia di dalam bidang teknologi.
Dengan ini, kita dapat membina masyarakat kita yang lebih berdaya tahan dan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik untuk keluarga kita di masa hadapan.
Terima kasih.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.