Siaran Perbarisan Hari Kebangsaan 2026
SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 (NDP2026) akan menampilkan sebuah pertunjukan dron secara langsung di dalam bangunan dan kali pertama diadakan di Stadium Negara sejak 2016.
Perbarisan tahun ini juga bakal menampilkan penyertaan orang awam terbesar dalam tempoh lebih sedekad.
Segmen kegemaran ramai yang akan diadakan termasuk terbang lalu bendera negara, Feu de Joie – tembak hormat – serta Tembak Hormat Kepresidenan 21 Das yang akan diadakan di Lembangan Kallang (Kallang Basin) buat kali pertama.
Lebih 2,600 peserta juga akan menjayakan NDP2026, yang bakal dihoskan antara lain oleh pempengaruh Hafidz Rahman, penyampai radio, Joakim Gomez dan pelakon, Gurmit Singh.
Segmen persembahan pula akan dibahagikan kepada lima “bab”, menampilkan pelakon Najip Ali, penyanyi Mandopop Ric Liu, penyanyi Sushma Soma dan artis-artis yang terlibat dalam lagu-lagu NDP2026.
Mereka akan disertai oleh 2,000 penghibur daripada Persatuan Rakyat (PA), sekolah-sekolah MOE dan SOKA Gakkai Singapore.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.