Skip to main content

Singapura

SIARAN LANGSUNG: Ucapan Presiden Tharman sempena pembukaan Parlimen SG ke-15

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam akan menyampaikan ucapan kepada Anggota Parlimen (AP) sempena pembukaan Parlimen Singapura yang ke-15 pada Jumaat (5 Sep).

Ucapan beliau, yang bermula pada pukul 8.00 malam, akan menggariskan keutamaan, dasar dan program-program pemerintah.

Ucapan Presiden Tharman disampaikan selepas upacara angkat sumpah para AP.

Secara keseluruhannya, terdapat seramai 99 AP dalam Parlimen ke-15. Ini termasuk 32 AP baharu, dengan tujuh daripadanya dilantik sebagai pemegang jawatan politik.

Dua daripada 99 AP itu merupakan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita