Siapa juara musim ke-3 MasterChef Singapore?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Juara musim ketiga MasterChef Singapore akan diketahui pada Ahad malam (3 Jul).
Sebelum itu, para finalis pertandingan tersebut - Azwandi Robani, Johnathan Chew dan S Nareskanna, beradu kebolehan memasak di khalayak ramai buat pertama kali di PLQ Plaza.
Orang ramai berpeluang merasakan air tangan ketiga-tiga finalis dalam satu acara ‘cook-off’ pada Ahad petang.
Peserta diberikan masa 45 minit untuk menyiapkan hidangan masing-masing.
Setiap hidangan dicuba dan diberi undian oleh orang ramai.
Hidangan pau daging yang disediakan oleh peserta Johnathan Chew menjadi pilihan dengan meraih jumlah undian tertinggi.
Manakala Nareskanna menyediakan hidangan udang bersama daun sireh dan Azwandi Robani pula menghidangkan sambal tumis udang.

"Bila saya masuk pertandingan ini, macam saya tahu semua hebat-hebat jadi saya setiap minggu hanya lakukan yang terbaik, jadi benar-benar di luar jangkaan, macam Alhamdulillah sangat dapat sampai ke sini," kata Andi yang juga seorang guru seni vidual.
Peringkat akhir musim ketiga MasterChef Singapore boleh diikuti di Saluran 5 dan meWATCH, pukul 9.30 malam ini (3 Jul).

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.