Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siapa George Goh? 5 fakta mengenai usahawan ini yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden SG

Anggaran Waktu Membaca:
Siapa George Goh? 5 fakta mengenai usahawan ini yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden SG

Gambar: Facebook/George Goh

Diterbitkan : 12 Jun 2023 10:20PM Dikemas Kini : 13 Jun 2023 08:49AM
SINGAPURA: Usahawan George Goh Ching Wah pada Isnin (12 Jun) mengumumkan hasratnya untuk menyertai persaingan bagi jawatan Presiden Singapura.

Pengasas Harvey Norman Ossia yang berusia 63 tahun itu, menyatakan beliau akan bertanding sebagai seorang "calon bebas" dan menekankan kemahiran kewangan serta pengurusannya sebagai seorang usahawan.
 
Penggal enam tahun Presiden Halimah bakal tamat pada 13 September dan beliau telah mengumumkan beliau tidak bertanding bagi Pilihan Raya Presiden seterusnya.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Pilihan Raya Presiden mesti diadakan menjelang 13 September.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Isnin (12 Jun)menarik perhatian bahawa Pilihan Raya Presiden akan diadakan bila-bila masa dari 13 Jun, dan jika ia tidak diadakan sebelum penggal Presiden sekarang berakhir, ia akan diadakan tidak lama selepas itu.

Encik Goh merupakan calon kedua yang menyuarakan hasrat untuk ikut bertanding bagi jawatan tersebut, selepas Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.

Berikut adalah lima perkara yang perlu diketahui tentang Encik Goh:

1. KEHIDUPAN PERIBADI

Encik Goh, mendirikan rumah tangga dengan Cik Lysa Sumali, dan mempunyai empat orang anak, Joanna, Jovina dan Ingrid, serta Jonathan. Isteri pertama Encik Goh meninggal dunia apabila beliau berusia 40 tahun.

Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan, menurut satu wawancara dengan akhbar Cina Lianhe Zaobao, dan mempunyai lapan adik-beradik.

Beliau membesar dalam keadaan yang miskin sejak kecil lagi. Pada usia 16 tahun, beliau meninggalkan bangku sekolah lalu ke Singapura untuk bekerja di sebuah kilang kasut.


2. KEUSAHAWANAN

Encik Goh adalah pengerusi Ossia International, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Singapura dengan modal pasaran S$45 juta setakat Isnin.

Beliau merupakan pengasas bersama kumpulan pelaburan dengan dua adik-beradiknya, Encik Steven Goh Ching Huat dan Encik Joe Goh Ching Lai.

Beliau lebih dikenali sebagai pengasas Harvey Norman Ossia, yang mengedar produk elektronik pengguna dan perabot di Asia di bawah jenama yang berpangkalan di Australia.

Encik Goh juga mempengerusi ITG International, di mana projek utamanya merupakan sebuah pelaburan pembangunan hartanah di Jiangxi, China, menurut laman syarikat tersebut.

Beliau turut merupakan pengasas VGO Corporation, yang dikenali sebagai jenama World of Sports.

Sebagai seorang usahawan muda, beliau menubuhkan perniagaan pertamanya dalam pembuatan kasut pada usia seawal 22 tahun.

3. PERKHIDMATAN AWAM DAN KERJA AMAL

Encik Goh merupakan Duta Besar Singapura ke Maghribi dari 2017 sehingga peletakan jawatannya pada bulan ini. Beliau kini sedang menjalani notis tiga bulan peletakan jawatan. Beliau juga merupakan anggota majlis Persatuan Palang Merah.

Pada 2015, beliau serta isterinya menubuhkan Yayasan Kebajikan Border Mission untuk kegiatan amal mereka.

Yayasan tersebut memberi bantuan kepada warga emas yang mengumpulkan kadbod dan golongan kurang upaya serta keluarga mereka di Singapura, dan masyarakat yang terpencil di Himalaya.

4. KEPERCAYAAN AGAMA

Encik Goh adalah ahli lembaga eksekutif Presbyterian Community Services dan Presbyterian Preschool Services.

5. CITA-CITA DALAM BIDANG MUZIK

Usahawan tersebut adalah penggemar muzik. Beliau malah, meraih ijazah sarjana muda dalam muzik dari Kolej Trinity London tahun lalu, yang memberi fokus kepada nyanyian klasik.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan