Siapa antara muka baharu mungkin jadi calon Pilihan Raya Umum SG 2025?
Sedang parti-parti politik giat bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum tahun ini, muka-muka baharu dilihat di beberapa kawasan undi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Singapura mesti mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya pada November ini, walaupun tiada parti yang sudah mengumumkan calonnya setakat ini.
Terdapat beberapa muka baharu berpotensi dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan parti-parti pembangkang termasuk Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP).
Dr Charlene Chen
Beliau diperkenalkan pada Jun tahun lalu oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli, yang menerajui GRC Tampines.
Dr Chen juga seorang penasihat akar umbi di Tampines East.
Choo Pei Ling
Beliau sering dilihat di kawasan undi Marine Parade di bawah Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng sejak Mac tahun lalu.
Hamid Razak
Beliau juga adalah seorang profesor madya tambahan di Sekolah Perubatan Duke-NUS.
Bersama dengan Dr Chen, Dr Hamid telah berucap di konvesyen parti PAP tahunan pada 2023.
Beberapa muka baharu yang berucap di konvensyen-konvensyen sebelum ini kemudian didedahkan sebagai calon pilihan raya.
Jagathishwaran Rajo, Kenny Sim, Jackson Lam
Ahli kesatuan sekerja Jagathishwaran Rajo menerajui cawangan PAP di Eunos. Beliau merupakan seorang pemimpin akar umbi yang aktif di kawasan undi Zhenghua di GRC Holland-Bukit Timah selama bertahun-tahun dan beliau juga setiausaha cawangannya sebelum beliau mengambil alih peranan di Eunos.
Encik Sim pula seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah eksekutif bagi firma pengeluaran elektronik dan komputer, Serial Achieva yang tersenarai dalam Catalist Bursa Singapura pada Jun. Beliau bertanggungjawab ke atas Paya Lebar.
Kedua-dua individu ini mengambil alih peranan masing-masing pada Ogos tahun lalu daripada anggota PAP sebelum ini yang tewas di tangan pasukan WP dalam Pilihan Raya Umum 2020.
Encik Jackson Lam dilantik sebagai pengerusi cawangan di SMC Hougang, iaitu kawasan undi WP pada Oktober 2023.
Elmie Nekmat, Marcus Loh, Theodora Lai
Dr Elmie merupakan seorang profesor madya dalam Jabatan Perhubungan dan Media Baharu di Fakulti Seni dan Sains Sosial Universiti Nasional Singapura (NUS).
Beliau dilantik sebagai pengerusi cawangan PAP di Sengkang Central pada 2022 dan berucap di konvensyen parti PAP pada 2023.
Sementara itu, Encik Loh adalah pengarah Temus, yang ditubuhkan oleh Temasek dengan kerjasama firma huraian transformasi digital UST.
Beliau adalah seorang aktivis PAP sejak 2015 dan juga anggota dewan Forum Dasar PAP.
Cik Lai pula seorang sukarelawan masyarakat sejak 2009 dan merupakan prinsipal di firma ekuiti privet Tembusu Partners.
Chua Wei-Shan
Beliau dilihat di acara-acara akar umbi dan lawatan temui penduduk bersama Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan juga antara muka baharu yang berucap di konvensyen parti PAP pada 2023.
Harpreet Singh
Beliau dilihat melakukan lawatan di GRC Marine Parade bersama pemimpin WP yang lain, dan dilihat memakai kemeja T WP yang hanya diberikan kepada anggota parti.
Tan Kong Soon, Ang Boon Yaw
Encik Tan dan Encik Ang merupakan dua daripada tiga timbalan setiausaha penganjur di parti tersebut.
Kedua-duanya memasuki badan pembuat keputusan tertinggi WP pada 2022, walaupun tidak pernah menyertai Pilihan Raya Umum sebelum ini.
Angela Oon, Encik Sumerleki Amjah, Leon Perera
Mereka mungkin calon PSP.
Cik Oon bertanding bagi GRC Nee Soon pada 2011 di bawah WP manakala Encik Amjah seorang bekas sukarelawan WP.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.