Skip to main content

Singapura

Siapa 10 warga asing diberkas dalam operasi besar-besaran antipengubahan wang haram di SG?

Anggaran Waktu Membaca:
Siapa 10 warga asing diberkas dalam operasi besar-besaran antipengubahan wang haram di SG?

Beg berjenama, jam tangan dan barang kemas antara barang yang dirampas polis. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: 10 individu dari Cyprus, Turki, China, Kemboja dan Ni-Vanuatu didakwa pada lewat Rabu (16 Ogos) selepas polis melancarkan serbuan merata Singapura sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap pemalsuan dan pengubahan wang haram.

Mereka semuanya diberkas pada Selasa di kediaman masing-masing yang terletak di kawasan-kawasan seperti Sentosa Cove, Tanglin, Orchard, Holland dan River Valley.

Serbuan dilakukan di banglo-banglo mewah, kondominium dan hartanah berhalaman. Lebih 400 pegawai polis dari pelbagai divisyen terlibat dalam operasi antipengubahan wang haram yang dikatakan antara paling terbesar pernah dilancarkan pihak berkuasa Singapura.

Polis menerusi kenyataan medianya pada lewat Rabu (16 Ogos) menyatakan bahawa sembilan lelaki dan seorang wanita, berusia antara 31 dengan 44 tahun, diberkas kerana disyaki melakukan pemalsuan dan pengubahan wang haram, selain mencuba melawan ketika diberkas.

Harta, kereta, akaun bank, wang tunai dan banyak barangan lain yang kesemuanya bernilai sekitar S$1 bilion dirampas, dibekukan atau dikenakan perintah pelupusan berhubung siasatan tersebut.
SIAPA 10 ORANG YANG DIDAKWA?

Berikut ini butiran tentang 10 individu yang diberkas:

- Su Haijin, seorang warga Cyprus berusia 40 tahun diberkas di banglo mewah Ewart Park di kawasan Holland. Didakwa dengan satu tuduhan melawan ketika diberkas.

- Vang Shuiming, seorang warga Turki berusia 42 tahun, diberkas di banglo mewah Bishopsgate di kawasan Tanglin. Didakwa dengan satu tuduhan menggunakan dokumen palsu.

- Zhang Ruijin, seorang warga China berusia 44 tahun, dan Lin Baoying, juga warga China berusia 43 tahun, diberkas di banglo di Pearl Island di Sentosa Cove. Kedua-duanya didakwa dengan satu tuduhan (setiap seorang) melakukan pemalsuan dengan niat untuk menipu.

- Su Baolin, seorang warga Kemboja berusia 41 tahun, diberkas di banglo Nassim Road. Didakwa dengan satu tuduhan menggunakan dokumen palsu.

- Su Jianfeng, seorang rakyat Ni-Vanuatu berusia 35 tahun, ditangkap di banglo mewah di Third Avenue berdekatan Bukit Timah. Didakwa atas satu kesalahan melakukan pengubahan wang haram.

- Chen Qingyuan, warga Kemboja berusia 33 tahun, diberkas di kondominium di Leonie Hill Road di kawasan River Valley. Didakwa dengan satu tuduhan pengubahan wang haram.

- Wang Dehai, seorang rakyat Cyprus, diberkas di kondominium di Paterson Hill di kawasan Orchard. Didakwa dengan satu tuduhan pengubahan wang haram.

- Wang Baosen, seorang warga China berusia 31 tahun, ditangkap di kondominium di Tomlison Road di kawasan Tanglin. Didakwa dengan satu tuduhan pengubahan wang haram.

- Su Wenqiang, seorang rakyat Kemboja berusia 31 tahun, diberkas di banglo mewah Lewis Road di kawasan Bukit Timah. Didakwa dengan satu tuduhan pengubahan wang haram.

Dalam kalangan 10 individu yang diberkas, mereka yang tidak memegang kerakyatan China didapati mempunyai pasport luar negara - dipercayai dikeluarkan oleh China dan negara lain, termasuk Turki dan Dominican Republic.

Semuanya sudah direman.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita