Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siap sedia beg diperiksa di kawasan sesak sempena musim perayaan ini

Kakitangan keselamatan akan dikerahkan bagi menjalankan tugas mengawal kesesakan di Orchard Road, Clarke Quay dan Taman Di Pesisiran pada malam Krismas dan pada hari perayaan itu, menurut polis hari ini (20 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2017 02:43PM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 10:20PM

SINGAPURA: Kakitangan keselamatan akan dikerahkan bagi menjalankan tugas mengawal kesesakan di Orchard Road, Clarke Quay dan Taman Di Pesisiran pada malam Krismas dan pada hari perayaan itu, menurut polis hari ini (20 Dis).

Dalam satu kenyataan, polis menyatakan bahawa para pegawai daripada Pasukan Perlindungan Keselamatan, Pasukan Respons Kecemasan dan Pasukan Operasi Khas juga akan melakukan rondaan di kawasan-kawasan tersebut semasa musim perayaan itu.

Menurut polis lagi, para kakitangan keselamatan mungkin akan memeriksa beg-beg dan barangan peribadi.

Penghadang dan papan-papan tanda dipasang untuk "memudahkan pergerakan orang ramai agar lebih teratur." Pergerakan juga dijangka lebih perlahan disebabkan kesesakan, menurut polis.

Polis turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap "mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah seperti mencabul kehormatan."

"Terdapat insiden-insiden sebelum ini di mana individu-individu menyembur buih ke mata mangsa sebelum mencabul kehormatannya."

Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa menjaga barangan peribadi mereka dan berhati-hati apabila didampingi orang yang tidak dikenali dan menjauhkan diri daripada individu yang mengganggu ketenteraman awam.

Mereka seharusnya "bertimbang rasa dan mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang mungkin mengganggu ataupun menjejas keselamatan orang lain."

Pasukan Polis Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukan jenayah atau mengganggu ketenteraman orang ramai. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan