SIA usul syarat lebih ketat terhadap sebarang pembiayaan baharu Air India
Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Airbus A350-900 ULR milik Singapore Airlines (SIA). (Gambar fail: Singapore Airlines)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA), yang disokong Temasek, mahukan pengaruh yang lebih besar ke atas pengurusan dan hak tadbir urus yang lebih kukuh sebelum meluluskan suntikan modal ke dalam Air India, menurut dua orang yang mempunyai maklumat tentang perkara itu.
Antara syarat yang mungkin dirundingkan dengan pemilik majoriti Air India, Tata Sons, termasuk kuasa mengundi yang lebih besar dalam lembaga pengarah serta syarat-syarat bagi memastikan syarikat penerbangan itu berupaya mengurangkan kerugiannya, menurut sumber tersebut.
Temasek, yang merupakan pemegang saham majoriti SIA, tidak akan menyediakan modal tersebut atau campur tangan dalam keputusan SIA mengenai Air India, tambah mereka.
Perbincangan mengenai syarat-syarat tersebut diadakan menyusuli laporan Reuters bulan lalu yang melaporkan bahawa Air India sedang cuba mendapatkan suntikan modal baharu sekitar AS$1.5 bilion daripada para pemiliknya.
Dua lagi sumber berkata Tata sudah meluluskan suntikan modal AS$1.1 bilion, sejajar dengan bahagian pegangannya. SIA memiliki baki 25.1 peratus kepentingan dalam Air India.
Keempat-empat sumber enggan mendedahkan identiti mereka kerana maklumat tersebut belum didedahkan kepada umum.
Dalam satu kenyataan, SIA menyatakan lembaga pengarahnya akan menilai dengan teliti sebarang permintaan bagi modal tambahan dengan mengambil kira strategi perniagaan Air India, aliran tunai operasi kumpulan serta keperluan modalnya yang lain.
Temasek pula enggan mengulas mengenai "spekulasi berkaitan perkara yang menyentuh Temasek".
PENGARUH TERHAD
Usaha untuk menetapkan syarat lebih ketat itu dibuat sedang SIA berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk mewajarkan penambahan pelaburannya dalam Air India.
Air India mengalami kerugian AS$2.33 bilion bagi Tahun Kewangan yang berakhir pada Mac, sekali gus menjejas keuntungan SIA secara langsung.
Tata dan Air India tidak memberikan respons terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.
SIA pernah mengalami kerugian dalam beberapa pelaburan luar negara sebelum ini, manakala Tata pada Julai menyatakan usaha memulihkan Air India mungkin mengambil masa sehingga sedekad.
Air India sudah melantik mantan ketua Ethiopian Airlines, Tewolde Gebremariam, sebagai CEO baharunya bagi menggantikan mantan eksekutif SIA, Campbell Wilson.
SIA mempunyai pengaruh rasmi yang terhad ke atas Air India. Di bawah perjanjian penggabungan pada 2022 yang menggabungkan 49 peratus syarikat penerbangan India miliknya, Vistara, ke dalam Air India, ia menerima satu kerusi lembaga pengarah, yang disandang oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong.
Sungguhpun demikian, pegangannya yang melebihi 25 peratus memberikan SIA kuasa di bawah undang-undang syarikat India untuk menyekat keputusan khas yang meliputi perkara-perkara korporat utama, termasuk penggabungan, pembelian balik saham dan pembubaran secara sukarela.
Permintaan Air India untuk mendapatkan dana turut mendorong seorang anggota parti pembangkang di Singapura menggesa supaya dana Temasek tidak digunakan untuk menyokong syarikat penerbangan India itu.
SIA menyatakan pada Selasa (8 Sep) bahawa pelaburannya di India selama ini dibiayai dan akan terus dibiayai menggunakan sumber dalamannya sendiri. SIA turut menyatakan ia mempunyai rizab tunai sebanyak S$10.48 bilion (AS$8.29 bilion) dan kemudahan kredit belum digunakan berjumlah S$3.24 bilion setakat akhir Jun.
Bulan lalu, Temasek secara terbuka menyokong pelaburan SIA dalam Air India dengan menyatakan bahawa ia mengambil pandangan jangka panjang terhadap keputusan tersebut.
Menteri Kanan K Shanmugam berkata pada Sabtu (5 Sep) bahawa sebarang keputusan untuk melabur dalam Air India terletak pada SIA dan Temasek mengharapkan syarikat penerbangan itu membuat keputusan pelaburan secara berhemah dan bertanggungjawab.
Tanggungjawab menetapkan langkah perlindungan, jangkaan tadbir urus dan matlamat prestasi bagi sebarang pelaburan tambahan dalam Air India terletak pada SIA, bukannya Temasek, menurut salah seorang sumber.
Strategi SIA adalah untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan jangka panjang sektor penerbangan India sambil menguruskan risiko dalam usaha pemulihan besar-besaran Air India, tambah sumber tersebut.
Menurutnya, Temasek sebelum ini turut menyokong pelaburan serupa dalam syarikat India, termasuk pengendali hospital Manipal Health.
Temasek mempunyai pelaburan besar di India merentasi sektor termasuk penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, pengguna dan teknologi, serta menyifatkan negara itu sebagai antara pasaran pertumbuhan utama dalam portfolionya.

Sumber : Reuters/NU/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.