Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA tunda penerbangan tanpa kuarantin S'pura-Perth

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat Singapore Airlines (SIA) menangguhkan pelancaran penerbangan tanpa kuarantin untuk penumpang sudah divaksin dari Singapura ke Perth selepas pihak berkuasa di Australia Barat membatalkan rancangan mereka untuk membuka semula sempadan. 

Penerbangan dari Singapura ke Perth dijadualkan bermula pada 5 Februari. 

Namun, Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan mengumumkan lewat Khamis (20 Jan) bahawa "terlalu tergesa-gesa dan tidak bertanggungjawab" untuk membuka sempadan ekoran risiko penularan pesat varian Omicron. 

Ia ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang diumumkan kelak atau selepas 80 peratus penduduknya sudah mendapat suntikan vaksin dos penggalak.

Pengumuman tersebut tidak menjejas penerbangan di bawah Laluan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dari Perth ke Singapura yang masih akan bermula seperti djadualkan pada 5 Februari, menurut SIA pada Jumaat (21 Jan). 

Penumpang yang terjejas dengan penundaan penerbangan Singapura-Perth itu boleh meminta bayaran balik bagi bahagian tiket yang belum digunakan, jika layak, kata syarikat penerbangan tersebut. 

SIA juga mengendalikan penerbangan tanpa kuarantin antara Singapura dan bandar-bandar lain Australia seperti Adelaide, Brisbane, Melbourne dan Sydney. 

"SIA mengikut peraturan Australia Barat dan akan membuat penyesuaian kepada penerbangan sewajarnya," kata SIA lagi. 

"Kami memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan kami atas sebarang kesulitan yang dialami." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan