SIA tawar hidangan dan kit kelengkapan baharu bagi Kelas Ekonomi Premium
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Eugene Goh)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan menyediakan makanan yang lebih baik bagi para penumpang Kelas Ekonomi Premium mulai 31 Mac.
Mereka juga akan diberi kit kelengkapan yang mesra alam.

Perubahan itu merupakan rombakan menyeluruh yang pertama dilakukan SIA sejak ia melancarkan Kelas Ekonomi Premium pada tahun 2015.
Sepanjang dua tahun, SIA mencipta resipi baharu yang termasuk 48 pembuka selera, 175 hidangan utama dan 34 pencuci mulut.
Meskipun sebahagian daripada resipi ditambah baik, hidangan baharu juga ditawarkan.
Sebagai contoh, sembilan hidangan baharu ditambah ke menu Book The Cook, satu khidmat yang membenarkan penumpang membuat tempahan awal, iaitu 24 jam sebelum penerbangan, dengan menawarkan sehingga 20 hidangan yang sering diperbaharui SIA.
Sembilan hidangan tersebut termasuk daging lembu bourguignon, roti jala dengan kari kambing versi Melayu, dan pilihan berasaskan tumbuhan seperti bebola daging diperbuat daripada terung dan cendawan.
Resepi bagi 11 lagi hidangan Book The Cook ditambah baik. Sebagai contoh, nasi lemak akan dihidangkan dengan rendang ayam dan bukan ayam goreng.
Selain daripada menu Book The Cook, SIA juga mengubah menu hidangan serantaunya.

Hidangan utama masakan India mempunyai lebih banyak pilihan, kerana SIA akan menambah satu lagi lauk untuk dihidangkan bersama nasi. Kudapan India popular, papadum, juga ditambah.
Terdapat minuman baharu, seperti teh pudina dan chamomile, serta coklat panas daripada jenama coklat Cadbury.
Untuk melengkapkan menu yang dinaik taraf itu, SIA juga menambah baik cara hidangan dipersembahkan.

Setiap hidangan akan disediakan dengan peralatan perak, dan dihidangkan dalam porselin kontemporari direka khas dengan bekas batu dalam dulang yang disediakan kain linen.
Kit kelengkapan juga menjalani rombakan yang meluas.
Berdasarkan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah, serta permintaan bagi bahan lebih mampan, SIA bekerjasama dengan Out Of The Woods, sebuah syarikat pengeluar produk mesra alam dan menggalakkan kehidupan mampan berpangkalan di Amerika Syarikat, untuk melancarkan kit kemudahan bagi Kelas Ekonomi Premium.

Beg kecilnya diperbuat daripada fabrik kertas kraf mesra alam yang diperakui Majlis Penjagaan Hutan (FSC), manakala penutup mata dan selipar yang disediakan diperbuat daripada bahan PET dikitar semula.
Satu lagi tambahan adalah balm bibir yang dibungkus dalam bahan
mudah lupus.
Tidak seperti kit kemudahan yang disediakan sekarang, peralatan mandi seperti kit gigi dan krim pelembap tidak disediakan.
Walau bagaimanapun, ia disediakan di tandas ketika dalam penerbangan.
Kit kemudahan baharu hanya disediakan atas permintaan dalam penerbangan selama tujuh jam atau lebih lama.
Naib Presiden Kanan Pengalaman Pelanggan SIA, Yeo Phee Teik berkata syarikat itu bertekad meningkatkan pengalaman Kelas Premium Ekonomi kepada kelasnya yang tersendiri.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.