SIA tawar 200,000 tiket pada potongan harga; Scoot sediakan diskaun bagi 220,000 tiket
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Pesta Time To Fly oleh Singapore Airlines kembali lagi!
Ini bermakna anda boleh mendapatkan tiket pada potongan harga daripada Singapore Airlines (SIA) dan Scoot, serta tawaran menarik lain daripada ejen percutian yang turut serta.
SIA menawarkan 200,000 tiket ulang-alik pada potongan harga bagi Kelas Perniagaan, Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Ekonomi dari Singapura ke 70 destinasi global.
Scoot pula menawarkan 220,000 tiket sehala pada potongan harga bagi ScootPlus dan Kelas Ekonomi ke 57 destinasi untuk rangkaiannya semasa pesta Time To Fly.
Penjualan online akan berlangsung dari 25 Oktober hingga 7 November di laman dan aplikasi mudah alih SIA dan Scoot serta melalui ejen percutian yang dilantik.
Mereka yang lebih gemar untuk berkunjung ke pesta fizikal boleh turun ke dewan 401 dan 402 Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore sepanjang tiga hari pada 25,26 dan 27 Oktober.
Selain tawaran menarik bagi tambang dan pelbagai destinasi menyeronokkan, mereka yang berkunjung ke pesta fizikal itu juga berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu tiga pasang tiket ulang-alik Kelas Perniagaan SIA ke Hong Kong, Shanghai dan Istanbul - lengkap dengan penginapan hotel.
Hadiah lain termasuk tiket ulang-alik Kelas Perniagaan SIA dengan penginapan hotel ke Bangkok, Male dan Phuket, serta baucar Scoot bernilai sehingga S$5,000.
Antara tiket yang ditawarkan termasuk destinasi baharu SIA iaitu Brussels dan London Gatwick, serta penerbangan Scoot ke destinasi baharu Kertajati di Bandung, Koh Samui dan Melaka.
Diskaun tersebut bagaimanapun hanya bagi penerbangan SIA yang layak untuk perjalanan dari Januari hingga September 2025, dan penerbangan Scoot dari November 2024 hingga Oktober 2025.
Pesta yang dinanti-nantikan ini, yang kini dalam edisi keempat, adalah hasil kerjasama antara SIA dengan Mediacorp.

Sumber : CNA/IM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.