Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA tambah penerbangan ke Asia, Australia

Anggaran Waktu Membaca:
SIA tambah penerbangan ke Asia, Australia

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi pada 2 Disember 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 05:28PM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 05:28PM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) akan meningkatkan penerbangan dan perkhidmatan ke lebih banyak destinasi, iaitu ke Asia Timur dan Asia Tenggara.

Menurut SIA, perkhidmatan tambahan ke destinasi-destinasi tersebut menjelang awal Mac 2024, mungkin melebihi tahap pra-pandemik.

Para penumpang boleh menjangkakan lebih banyak pilihan penerbangan ke bandar-bandar seperti Bangkok, Seoul, Osaka dan Taipei.

Tambahan itu, SIA juga akan menawarkan lebih banyak penerbangan SQ ke Australia. SIA juga sedang meningkatkan perkhidmatannya ke Australia dengan menggunakan Airbus A380 tahun depan.

Dengan menggunakan pesawat yang lebih besar, perkhidmatan penerbangan ke Melbourne akan diadakan setiap hari, manakala perkhidmatan penerbangan ke Sydney akan ditambah kepada dua kali sehari.

Penerbangan ke Busan, Korea Selatan juga akan disambung semula, pada Jun tahun depan.

Menurut SIA, semua perubahan tersebut berlaku di tengah-tengah permintaan yang kukuh ke destinasi-destinasi tersebut.

Sumber : CNA/SQ/zm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa