Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA senarai hitam penumpang yang serang anak kapal, berkelakuan tidak terkawal dalam dua penerbangan

Anggaran Waktu Membaca:
SIA senarai hitam penumpang yang serang anak kapal, berkelakuan tidak terkawal dalam dua penerbangan

(Gambar: TikTok/simplyhappy777)

SINGAPURA: Seorang penumpang "tidak terkawal" disenaraihitamkan dari semua penerbangan Singapore Airlines (SIA) susuli tindakannya memukul seorang anak kapal.

Demikian menurut syarikat penerbangan tersebut pada Isnin (14 Nov).
Lelaki yang sama dibawa keluar dari satu lagi penerbangan sebelum itu oleh polis tambahan selepas dia menimbulkan gangguan semasa dihidangkan makanan dalam penerbangan. Lelaki itu juga menghamburkan kata-kata kesat dan mengancam untuk menolak anak kapal tersebut.

Berikutan kejadian dalam penerbangan SQ711 dari Bangkok ke Singapura pada 8 November lalu, penumbang berkenaan kemudiannya diberi amaran tegas, menurut SIA.

SIA memutuskan untuk membenarkan lelaki tersebut menaiki SQ352, penerbangan sambungannya ke Copenhagen pada 9 November selepas dia "kelihatan tenang dan bersetuju untuk berkelakuan sewajarnya dan mematuhi sepenuhnya" arahan anak kapal.

Namun demikian, penumpang tersebut terus menimbulkan gangguan di dalam pesawat sambungan itu, termasuk menyerang seorang anak kapal.

Menurut SIA, anak kapal tersebut bagaimanapun dapat menenangkan penumpang berkenaan. Malah, baki tempoh penerbangan, sehingga dia turun pesawat berjalan seperti biasa.

"Selepas menilai kejadian itu, kami memutuskan untuk menyenaraihitam penumpang itu dari semua penerbangan SIA."

Anak kapal yang diserang, sudahpun menerima rawatan perubatan dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Singapore Airlines mengutamakan kebajikan kakitangan dan pelanggan kami. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana penumpang yang mungkin membahayakan keselamatan kakitangan dan pelanggan."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan