Skip to main content

Singapura

SIA & Scoot sertai rangkaian kongsi data gelora udara

Anggaran Waktu Membaca:
SIA & Scoot sertai rangkaian kongsi data gelora udara

(Gambar: Roslan RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2024 07:13PM Dikemas Kini : 11 Dec 2024 08:28PM
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan Scoot menyertai rangkaian perkongsian data bagi gelora udara, 'Turbulence Aware', kendalian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Terdapat sekitar 25 syarikat penerbangan dalam rangkaian tersebut.

Ia berkongsi insiden gelora udara yang dikesan oleh pesawat di kalangan anggotanya - kaedah yang lebih cepat berbanding cara tradisional.

Para pemerhati industri penerbangan berpendapat, rangkaian tersebut boleh mengurangkan kos untuk syarikat-syarikat penerbangan.

Para juruterbang juga mempunyai lebih masa untuk mengelakkan gelora udara yang dilaporkan - sekali gus menjimatkan bahan bakar.

'Turbulence Aware' juga boleh memberi amaran awal tentang kes 'gelora udara terang', yang tidak dapat dikesan radar.

Ia merupakan jenis yang ditempuh pesawat SQ 321 pada Mei lalu, yang menimbulkan kematian dan kecederaan.

"'Turbulence Aware' mempunyai kadar penyertaan kukuh di sektor seperti Timur Tengah, Eropah dan AS, tetapi Asia Tenggara merupakan salah satu jurang terbesar dalam mendapatkan data," kata Editor (Asia Tenggara dan China),Rangkaian AviationWeek, Chen Chuaren.

"Lantas, penyertaan kumpulan SIA adalah penting bagi pihak industri, dengan mengisi beberapa jurang ini dan menyediakan data untuk semua syarikat penerbangan yang beroperasi di mana jua pesawat SIA terbang, terutama bagi Asia Tenggara, selain meningkatkan keselamatan untuk semua pihak," tambah beliau.
Sumber : CNA//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita