Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA, Scoot gugur syarat pakai pelitup bagi anak kapal, juruterbang mulai 1 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan anak syarikatnya, Scoot, akan bekerjasama dengan anak kapal untuk membantu melindungi kebajikan kakitangan semasa penerbangan apabila syarat memakai pelitup muka dimansuhkan mulai Khamis (1 Jun).

"Semua juruterbang serta anak kapal SIA dan Scoot tidak akan diwajibkan untuk memakai pelitup semasa mengendalikan penerbangan, kecuali bagi laluan penerbangan di mana destinasi tersebut masih mensyaratkannya," menurut kedua-dua syarikat penerbangan itu sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (29 Mei).

SIA dan Scoot menyatakan keputusan tersebut selaras dengan langkah pemerintah "ke arah norma baru endemik".

Syarikat-syarikat penerbangan itu juga menyatakan bahawa kesihatan dan keselamatan para pelanggan serta kakitangan menjadi keutamaannya. Ia menambah anak kapalnya akan terus mematuhi "langkah-langkah kesihatan dan keselamatan teguh" yang dilaksanakan semasa dalam penerbangan.

SIA dan Scoot menambah pihaknya akan "berusaha untuk memahami dengan lebih baik keprihatinan anak kapal serta bekerjasama dengan mereka untuk melihat bagaimana kami boleh membantu melindungi kebajikan mereka dengan lebih baik semasa penerbangan".

Menurut kedua-dua syarikat itu lagi, anak kapal boleh terus menjalankan tugas mereka jika mereka ingin memakai pelitup semasa mengendalikan penerbangan ke destinasi di mana pemakaian pelitup tidak diwajibkan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan