SIA & Scoot akan perluas rangkaian VTL di Asia Tenggara, India dan Athens
Gambar: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot akan memperluaskan rangkaian Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) dalam masa beberapa minggu akan datang bagi menghubungkan 66 bandar di 27 negara.
"Khidmat baru VTL akan diperluaskan secara bertahap-tahap ke bandar-bandar terpilih di Asia Tenggara, India, serta Athens mulai 16 Mac 2022," umum syarikat induk SIA iaitu SIA Group pada Selasa(15 Mac).
Lebih banyak penerbangan bukan VTL juga akan ditukar menjadi penerbangan VTL untuk destinasi-destinasi tertentu, tambah SIA Group.
SIA Group turut mengumumkan hasil operasinya bagi Februari, dengan kapasiti penumpang turun sedikit kepada 44 peratus daripada paras sebelum COVID-19.
Kapasiti penumpang dijangka akan mencecah sekitar 57 peratus daripada paras sebelum COVID-19 menjelang April tahun ini.
Pada Februari, Scoot turut menyenaraikan Miri ke dalam rangkaiannya. Scoot turut menyambung semula penerbangan ke Gold Coast dan Hanoi.
Singapore Airlines (SIA) juga menyambung semula penerbangan ke Denpasar di Bali.
Setakat hujung bulan Februari, SIA sudah menyediakan khidmat penerbangan ke 63 destinasi, sementara Scoot pula menawarkan penerbangan ke 37 destinasi.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.