SIA sambung semula penerbangan ke 3 bandar China mulai 22 Apr susuli gangguan atas 'sebab kawal selia'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Roslan Rahman/AFP
SINGAPURA: Penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Chongqing, Chengdu dan Xiamen akan disambung semula mulai 22 April.
Demikian diumumkan syarikat penerbangan itu pada Isnin (1 Apr).
SIA akan memulakan penerbangan lima kali setiap minggu dari 22 hingga 28 April. Ia seterusnya akan menambah perkhidmatan hariannya, jelas syarikat penerbangan itu dalam menjawab pertanyaan Mediacorp.
Perkhidmatan tersebut akan digantung dari 31 Mac hingga 21 April atas "sebab pengawalseliaan", jelas seorang jurucakap SIA tanpa memperincikan lanjut. Sebelum penggantungan itu, SIA mengendalikan perkhidmatan harian ke Chengdu dan Xiamen, dan perkhidmatan tiga kali seminggu ke Chongqing.
Tinjauan di laman SIA menunjukkan bahawa penerbangan pulang ke Chongqing boleh diperolehi dari akhir April hingga akhir Oktober, manakala penerbangan antara Singapura dan Chengdu ditawarkan dari akhir April hingga hujung Mei. Penerbangan SIA yang beroperasi antara Singapura dengan Xiamen juga boleh diperolehi dari akhir April hingga akhir Mei.
Tempoh penggantungan tersebut menyusuli keadaan serupa yang berlaku tahun lalu, di mana penerbangan SIA ke lima bandar, termasuk Chengdu, Chongqing serta Xiamen dihentikan buat seketika. Khidmat ke tiga bandar itu disambung semula pada 26 November tahun lalu.
Menurut laman SIA, bagi minggu dari 1 hingga 7 April, syarikat penerbangan tersebut masih menawarkan sebanyak 20 penerbangan secara keseluruhannya dari Singapura ke empat bandar di tanah besar China: 35 ke Shanghai, 14 ke Beijing, 14 ke Guangzhou dan tujuh ke Shenzhen.
Penganalisis penerbangan yang ditemui Mediacorp mengongsi beberapa sebab yang mungkin menjelaskan gangguan perkhidmatan itu, termasuk had kapasiti dan ketiadaan slot penerbangan.
SEBAB DI SEBALIK GANGGUAN
Penganalisis bebas Brendan Sobie berkata penggantungan itu mungkin disebabkan syarikat penerbangan tersebut tidak berjaya mendapatkan kelulusan untuk musim panas, yang berlangsung dari akhir Mac hingga akhir Oktober, tepat pada masanya.
Penganalisis itu yang mengasaskan perundingan penerbangan Sobie Aviation menyatakan bahawa SilkAir yang kini tidak lagi beroperasi - yang bergabung dengan SIA pada tahun 2021 - sebelum ini mempunyai hak dan slot ke laluan yang terjejas, tetapi slot itu hanya boleh dipindahkan ke SIA begitu sahaja.
"Anda memerlukan kelulusan kawal selia daripada semua negara untuk melakukan pemindahan seperti ini. Negara yang berbeza mempunyai peraturan yang berbeza mengenai perkara ini tetapi China pada dasarnya memerlukan permohonan baharu dan tidak secara automatik meluluskan sebarang pemindahan slot atau hak daripada satu syarikat penerbangan kepada syarikat penerbangan yang lain," jelasnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.