SIA sambung prosedur khidmat makanan, 2 bulan selepas insiden gelora udara SQ321
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Saeed Khan/AFP)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) menyambung semula prosedur khidmat dalam penerbangannya pada Khamis (1 Ogos), berikutan perubahan yang dilakukan menyusuli insiden gelora udara SQ321 pada Mei.
Syarikat penerbangan itu berhenti menghidangkan makanan ketika isyarat tali pinggang keledar dinyalakan, sebagai pendekatan lebih berjaga-jaga selepas seorang penumpang maut dan ramai lagi cedera semasa penerbangan dari London ke Singapura pada 21 Mei.
"Penerbangan SIA akan menamatkan tempoh penggantungan dan kembali kepada prosedur khidmat standard dalam penerbangan mulai 1 Ogos 2024, pukul 12.01 tengah malam, waktu Singapura," kata jurucakap SIA dalam kenyataan pada Khamis (1 Ogos).
Juruterbang SIA akan terus membuat keputusan sama ada untuk menggantung atau meneruskan khidmat dalam penerbangan apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan, bergantung kepada penilaian mereka terhadap cuaca dan keadaan operasi, tambah jurucakap tersebut.
Minuman panas, termasuk sup, tidak akan dihidangkan apabila isyarat tali pinggang keledar dinyalakan.
Sejurus selepas insiden itu, SIA mengetatkan prosedur tindak balas gelora udara dalam penerbangan sebagai langkah berjaga-jaga.
Tempoh penggantungan dilaksanakan untuk memberi syarikat penerbangan itu lebih banyak masa untuk menyemak protokol pengurusan gelora udaranya "secara menyeluruh", tambah SIA dalam kenyataannya pada Khamis.
"Kami sudah mengesahkan bahawa protokol pengurusan gelora udara SIA sejajar dengan amalan dan protokol keselamatan industri yang terbaik."
"Untuk mengukuhkan lagi prosedur tersebut antara kakitangan kami, semua juruterbang dan anak kapal kami sudah menjalani kursus penyegaran tambahan sepanjang empat minggu lalu."
Kursus tersebut merangkumi topik seperti mengenal pasti dan menangani risiko dikaitkan dengan gelora udara, membantu penumpang ketika berlaku kejadian sedemikian dan bagaimana untuk mengekalkan keadaan yang selamat sepanjang penerbangan.
SIA juga memperkenalkan peringatan berkala kepada penumpangnya melalui skrin sistem hiburan dalam penerbangannya, untuk menekankan pentingnya memakai tali pinggang keledar ketika di tempat duduk mereka.
"Pelanggan perlu sentiasa mengikut arahan juruterbang dan anak kapal kami, dan memastikan mereka memakai tali pinggang keledar pada setiap masa," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa keselamatan penumpang dan kakitangannya kekal sebagai keutamaan SIA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.