Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA rancang sepadukan rangka kerja pas perjalanan IATA dalam aplikasi mudah alih

Singapore Airlines (SIA) merancang untuk menyepadukan proses pengesahan kesihatan digital ke dalam aplikasi mudah alihnya dari pertengahan tahun ini, setelah uji cuba pas perjalanan bagi keputusan ujian dan sijil vaksin COVID-19 yang dijalankan baru-baru ini "disambut baik" oleh para penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2021 02:41PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 12:05AM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) merancang untuk menyepadukan proses pengesahan kesihatan digital ke dalam aplikasi mudah alihnya dari pertengahan tahun ini, setelah uji cuba pas perjalanan bagi keputusan ujian dan sijil vaksin COVID-19 yang dijalankan baru-baru ini "disambut baik" oleh para penumpang.

SIA menguji aplikasi IATA pada penumpang yang menaiki penerbangan dari Singapura ke London antara 15 Mac dengan 28 Mac.

"Aplikasi pas perjalanan IATA itu disambut baik oleh para pelanggan kami," menurut SIA pada Isnin (5 Apr) dalam jawapan kepada pertanyaan dari Mediacorp.

"Kami mendapat maklum balas positif daripada mereka dan kami gembira kerana mereka terbuka untuk menggunakan aplikasi pas perjalanan IATA bagi penerbangan antarabangsa di masa hadapan," tambahnya.

Pas perjalanan digital itu, yang sekarang dalam fasa percubaan, merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan para pelawat untuk menyimpan dan menguruskan sijil pengesahan ujian atau vaksin COVID-19 mereka.

IATA, sebuah badan global mewakili sekitar 290 syarikat penerbangan, merancang untuk melancarkan pas perjalanan itu menjelang pertengahan April di platform Apple, diikuti dengan platform Android pada satu tarikh kelak.

Lebih daripada 20 syarikat penerbangan termasuk Qatar Airways, Malaysia Airlines, Qantas dan Korean Air, sedang menguji pas perjalanan itu, menurut laman web IATA.

Para penumpang SIA merupakan yang pertama untuk menguji pas perjalanan IATA. Syarikat penerbangan itu sedang mengkaji untuk memperluaskan aplikasi pas perjalanan IATA ke laluan lain.

"SIA mempunyai rancangan untuk menyepadukan keseluruhan proses pengesahan kesihatan digital ke dalam aplikasi mudah alih SingaporeAir menjelang pertengahan 2021, menggunakan rangka kerja Pas Perjalanan IATA," katanya.

"Sedang kami menghampiri penghujung tempoh percubaan dan meneliti data, kami sedang mengkaji semula laluan-laluan yang mana aplikasi pas perjalanan IATA boleh dilaksanakan. Butiran lanjut akan dikongsi sebaik sahaja ia tersedia," tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan