SIA mula jual tiket ke Melbourne susuli pengumuman VTL Spura-Australia hari ini
Menyusuli pengumuman tentang aturan perjalanan antara Singapura dengan Australia, tiket-tiket penerbangan antara Singapura dengan Melbourne sudahpun mula dijual hari ini (22 Okt).
SINGAPURA: Menyusuli pengumuman tentang aturan perjalanan antara Singapura dengan Australia, tiket-tiket penerbangan antara Singapura dengan Melbourne sudahpun mula dijual hari ini (22 Okt).
Mulai bulan depan, Singapore Airlines (SIA) akan mengendalikan dua penerbangan ke Melbourne setiap hari.
SIA juga menyatakan ia akan menambah kapasitinya untuk penerbangan ke Sydney menjelang musim cuti Krismas, hujung tahun ini.
Pesawat Airbus A380 akan digunakan bagi penerbangan ke bandar Australia itu.
Menurut laporan-laporan tempatan, aturan itu bertujuan membolehkan para pelajar dan pelawat perniagaan untuk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara.
Ia kemudian akan dibuka kepada para pelancong.
SIA Group menyatakan, hampir semua kakitangannya yang dikerahkan ke tugasan lain, juga sudah kembali bekerja dengannya sedang lebih banyak Laluan Perjalanan bagi Penumpang yang Sudah Divaksin (VTL) disediakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.