Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA jangka tambang penerbangan jatuh pada 2023 sedang pesaing tingkatkan kapasiti

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines Ltd (SIA) menjangkakan tambang penerbangan mungkin akan jatuh pada tahun 2023. 

Ini sedang syarikat-syarikat penerbangan lain meningkatkan kapasiti masing-masing dengan mengendalikan lebih banyak pesawat setelah sempadan antarabangsa dibuka semula, kata seorang eksekutif kanan pada Isnin (7 Nov). 

"Kami tidak menjangkakan hasil pendapatan akan kekal pada paras tinggi yang dicatatkan pada 2022," kata Naib Presiden Eksekutif Komersil SIA Lee Lik Hsin kepada para penganalisis dan media mengenai unjuran pendapatan syarikat. 

Syarikat penerbangan tersebut pada Jumaat (4 Nov) mencatatkan keuntungan pada suku kedua dan mengisytiharkan pulangan dividennya yang pertama dalam tiga tahun. Ini ketika sempadan antarabangsa dibuka semula dan permintaan perjalanan kembali kukuh dalam tempoh tiga bulan lalu, yang berakhir pada 30 September. 

Hasil pendapatan SIA mencatat paras rekod pada suku kedua tahun ini meskipun bilangan penumpang yang dibawa hanya 68 peratus daripada jumlah yang dicatatkan pada 2019, di tengah-tengah permintaan kukuh bagi perjalanan sewaktu kemuncak musim panas. 

Encik Lee berkata tempahan kekal kukuh sehingga cuti Tahun Baru Cina pada Januari 2023. Namun, beliau menambah bahawa ia masih terlalu awal untuk menentukan unjuran bagi permintaan melewati tempoh itu, selain daripada beberapa jualan promosi yang mencatat prestasi yang baik. 

SIA menyatakan pada Jumaat bahawa kenaikan harga bahan api, tekanan inflasi ke atas rantaian bekalan, isu geopolitik dan risiko kemelesetan ekonomi sejagat kekal sebagai keprihatinan menjangkaui musim cuti Tahun Baru Cina. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan