Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA jangka tambang penerbangan akan 'turun semula' dalam masa beberapa bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2022 06:19PM Dikemas Kini : 19 May 2022 09:05PM

SINGAPURA: Tambang penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan terus kekal tinggi dalam masa beberapa bulan akan datang di tengah-tengah peningkatan permintaan perjalanan udara, tetapi dijangka akan "turun semula" selepas itu, menurut eksekutif kanan SIA Group pada Khamis (19 Mei).

"Tambang penerbangan bergantung kepada permintaan dan bekalan. Hakikatnya, penerbangan bagi tempoh dua bulan akan datang atau lebih dari itu sudah ditempah bagi banyak sektor dan anda akan menyaksikan harga yang lebih tinggi bagi sektor-sektor tersebut," kata naib presiden eksekutif komersial SIA, Encik Lee Lik Hsin.

Encik Lee berkata demikian semasa berucap di sesi taklimat yang diadakan sehari selepas
SIA melaporkan kerugian tahunan yang lebih kecil sekitar S$962 juta bagi tahun yang berakhir pada 31 Mac.

Ini selepas permintaan bagi perjalanan udara antarabangsa kembali meningkat setelah sempadan dibuka semula di hampir kesemua pasaran utama.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu mengenai pendapatan SIA Group, syarikat itu turut mendedahkan bahawa kapasiti penumpang akan mencecah 61 peratus daripada paras sebelum pandemik pada suku pertama dan 67 peratus pada suku kedua.

Dengan sekatan-sekatan sempadan di Singapura dan rantau ini terus dilonggarkan, industri penerbangan kini semakin rancak selepas mengalami kemerosotan selama lebih dua tahun.

TENAGA KERJA "HAMPIR SAMA" SEBELUM COVID-19

Semasa taklimat itu, pihak pengurusan SIA Group juga menyentuh tentang isu tenaga manusia dan menurut SIA, ia kini berada dalam kedudukan yang 'baik' untuk menyokong pertumbuhan.

TEMPAHAN KORPORAT KEMBALI PULIH, TAJAAN F1

Apabila Skim Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) mula dilancarkan, tempahan korporat ketika itu 'lambat pulih'. Namun sejak April tahun ini, apabila Singapura membuka semula sempadannya, SIA menyaksikan "pertumbuhan yang lebih kukuh bagi perjalanan korporat, kata Encik Lee.

Dalam responsnya kepada pertanyaan mengapa SIA masih menaja perlumbaan F1 yang akan datang walaupun syarikat itu sudah mengalami kerugian, Encik Goh menegaskan bahawa syarikat itu membuat keputusan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang relevan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan