SIA hulur bantuan kepada penumpang yang bagasinya digeledah
Singapore Airlines (SIA) akan menghulurkan bantuan kepada seorang penumpang yang bagasinya pecah semasa dalam penerbangan dari Bali ke Singapura, menurut syarikat penerbangan itu hari ini (2 Mac).
Bagasi yang digeledah. (Gambar: Katei Chang/Facebook)
SINGAPORE: Singapore Airlines (SIA) akan menghulurkan bantuan kepada seorang penumpang yang bagasinya pecah semasa dalam penerbangan dari Bali ke Singapura, menurut syarikat penerbangan itu hari ini (2 Mac).
Pengguna Facebook, Katei Chang mendapati bahawa bagasinya sudah dibuka tanpa izin semasa beliau mengambilnya dari tempat tuntut bagasi di Lapangan Terbang Changi setibanya dari Bali.
Beliau berkata meskipun tiada barangan peribadi yang dicuri, barang-barangnya "dibuka dan digeledah". Beliau sudahpun melaporkan insiden itu kepada pihak keselamatan dan jabatan barang-barang ditinggal dan dijumpai.
Menurut beliau lagi, barangan milik tiga penumpang lain turut dicuri daripada bagasi mereka.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Singapore Airlines menyatakan bahawa ia akan "menghubungi penumpang tersebut untuk menghulurkan bantuan".
Dalam catatan Facebooknya yang terkini, Encik Chang akur bahawa insiden itu "boleh berlaku pada sesiapa saja dan di mana jua", tetapi beliau kemudian menulis: "malangnya hari ini, ia berlaku di Bali, Indonesia".
Beliau selanjutnya berkata bahawa pengarah dan pengendali lapangan terbang Bali sudahpun menghubunginya dan sedang menjalankan siasatan lanjut. Sementara itu, khidmat bantuan bagasi Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi juga "sudah menyiapkan laporan penuh".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.