Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA henti guna ruang udara Iran sebagai 'langkah berjaga-jaga' di tengah ketegangan Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
SIA henti guna ruang udara Iran sebagai 'langkah berjaga-jaga' di tengah ketegangan Timur Tengah

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menyatakan pada Ahad (14 Jan) bahawa ia sudah berhenti menggunakan ruang udara Iran, yang disifatkannya sebagai satu "langkah berjaga-jaga" di tengah-tengah pergolakan di Timur Tengah.

Perang Israel-Hamas berpotensi memuncak menjadi satu konflik yang lebih meluas, selepas Iran melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke arah Israel sejak Sabtu lalu, menurut tentera Israel.

Ini berlaku setelah Iran berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada 1 Apr lalu, yang menyebabkan bangunan diplomatik Iran di Syria musnah, sekali gus meragut nyawa tujuh Pengawal Revolusi Iran termasuk dua jeneral.

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp, Singapore Airlines (SIA) menyatakan: "Sebagai langkah berjaga-jaga, berkuat kuasa 1.00 tengah hari (waktu Singapura) pada 13 Apr 2024, semua penerbangan Singapore Airlines dan Scoot akan berhenti melakukan penerbangan di ruang udara Iran dan menggunakan laluan penerbangan alternatif.

"Kami sedang memantau dengan rapi situasi di Timur Tengah, dan akan melakukan penyesuaian pada laluan penerbangan kami jika diperlukan."

Langkah tersebut yang dilaksanakan SIA sejajar dengan beberapa syarikat penerbangan lain, termasuk syarikat penerbangan Jerman Lufthansa serta anak syarikatnya, Austrian Airlines.

Pada Jumaat lalu, Lufthansa menyatakan, pesawat-pesawatnya tidak lagi akan menggunakan ruang udara Iran setelah ia melanjutkan tempoh penggantungan khidmat penerbangan ulang-alik ke ibu kota Iran, Tehran.
"Disebabkan situasi semasa, Lufthansa sedang menggantung penerbangan ulang-alik ke Tehran sehingga dan termasuk Khamis, 18 Apr," jelas seorang jurucakap syarikat itu.

"Syarikat penerbangan tersebut juga tidak lagi menggunakan ruang udara Iran."

Penerbangan ke Tehran telahpun digantung sejak 6 Apr.

"Meskipun Lufthansa tidak mendedahkan mengapa ia menggantung khidmat penerbangan tersebut, Austrian Airlines menyatakan ia mengambil langkah itu disebabkan oleh "keadaan semasa di Timur Tengah".

"Bagi Austrian Airlines, keselamatan penumpang dan anak kapalnya menjadi keutamaan nombor satu. Situasi di Timur Tengah sedang dinilai secara berterusan. Sehingga kini, Austrian Airlines sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa," menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Israel dan negara jirannya, Jordan, yang terletak antara Iraq dan Israel, menyatakan pada Sabtu malam bahawa ia akan menutup ruang udara masing-masing.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan