Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA henti guna bekas makanan kertas bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh

Anggaran Waktu Membaca:
SIA henti guna bekas makanan kertas bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh

(Gambar: Singapore Airlines)

Diterbitkan : 25 May 2023 07:26PM Dikemas Kini : 25 May 2023 10:53PM
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) tidak akan menggunakan bekas makanan kertas bagi penerbangan jarak sederhana dan jauh "buat masa ini".

Ini selepas ia menerima maklum balas daripada percubaan awal tahun ini untuk menggunakan bekas makanan kertas untuk penerbangan kelas ekonomi dan kelas ekonomi premium terpilih, kata syarikat tersebut kepada Mediacorp pada Khamis (25 Mei).
"Beberapa pelanggan kami, seperti orang awam juga telah berkongsi maklum balas tentang bekas makanan yang kami gunakan," kata seorang jurucakap syarikat SIA menjawab soalan Mediacorp.

"Kami juga menerima maklum balas berkaitan operasi percubaan itu, dan sedia maklum bahawa kami mungkin harus memperbaiki corak bekas itu."

Selepas mengambil kira semua maklum balas tersebut, jurucakap itu berkata SIA "memutuskan untuk tidak meneruskan penggunaan bekas makanan itu buat masa ini."

TIDAK KURANGKAN BAJET MAKANAN

Di tengah-tengah aduan yang meningkat, SIA melaporkan keuntungan tahunan berjumlah S$2.16 bilion awal bulan ini.

Jurucakap tersebut memberitahu Mediacorp pada Rabu (24 Mei) bahawa SIA belum mengurangkan bajetnya bagi hidangan dalam penerbangan.

Bajetnya buat masa ini ialah 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun kewangan 2019/2020, meskipun syarikat itu menjangkanan muatan penumpangnya lebih rendah daripada tahun tersebut.

SIA juga akan kembali menyajikan hidangan pembuka selera bagi kelas ekonomi bermula 1 Jun.

Bermula 1 Jun juga, penumpang kelas ekonomi dalam penerbangan jarak dekat antara satu setengah jam dan tiga setengah jam akan menerima roti dan mentega. Ia akan disajikan bersama hidangan utama dan pencuci mulut.

Beberapa sajian lain yang tidak ditawarkan semasa pandemik atas sebab operasi dan rangkaian bekalan, serta untuk mengurangkan pembaziran makanan juga kembali disajikan. Ini termasuk keju dan biskut, serta mafin bagi sarapan.

"SIA kekal komited untuk sentiasa berinovasi dengan tujuan mempertingkatkan pengalaman menjamu selera dalam penerbangan, dan untuk memenuhi serta melebihi jangkaan pelanggan kami," kata jurucakap itu.
Sumber : CNA/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan