Skip to main content

Singapura

SIA diarah bayar S$3,580 kepada pasangan di India disebabkan tempat duduk rosak: Laporan

Anggaran Waktu Membaca:
SIA diarah bayar S$3,580 kepada pasangan di India disebabkan tempat duduk rosak: Laporan

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2024 02:59PM Dikemas Kini : 28 Apr 2024 03:00PM
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengarahkan pasangan di India untuk membayar lebih S$3,500 setelah tempat duduk mereka gagal dibaringkan secara elektronik semasa perjalanan mereka dari India ke Australia tahun lalu.

Suruhanjaya Penyelesaian Pertikaian Pengguna Daerah di Hyderabad memutuskan untuk memihak kepada Ravi Gupta dan isterinya Anjali Gupta, lapor media di India pada Khamis (25 Apr).

Menurut satu laporan oleh akhbar Deccan Chronicle, pasangan terbabit melakukan perjalanan dari Hyderabad ke Australia melalui Singapura pada 23 Mac 2023.

Mereka membuat aduan mengenai tempat duduk kelas Perniagaan mereka, yang sepatutnya boleh dibaringkan secara elektronik, rosak semasa penerbangan tersebut.

India Today melaporkan pasangan tersebut "terpaksa berjaga sepanjang perjalanan itu", selepas mereka membiayai 66,750 rupees (S$1,090) bagi setiap tiket.

Singapore Airlines pada mulanya, menawarkan 10,000 batu perjalanan (miles) KrisFlyer setiap seorang, tetapi tawaran itu ditolak oleh pengadu itu.

Selain ruang kaki tambahan yang disediakan, Encik Gupta, yang merupakan Ketua Pengarah Polis Telangana, mendakwa mereka dilayan seperti "penumpang kelas ekonomi", lapor akhbar Deccan Chronicle.

Pesuruhjaya itu memutuskan SIA seharusnya memulangkan 48,750 rupees (S$769) kepada setiap pengadu, di samping 12 peratus kos faedah.

Tambahan pula, syarikat penerbangan tersebut diarahkan untuk membiayai pampasan sebanyak 100,000 rupees (S$1,633) bagi "penderitaan mental dan fizikal" yang dilalui mereka, serta 10,000 rupees (S$163) bagi kos aduan tersebut, menurut saluran media itu.

Secara keseluruhannya, syarikat penerbangan itu diarahkan untuk membiayai 219,200 rupees, iaitu kira-kira S$3,580.

Mediacorp sudahpun menghubungi SIA untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita