SIA, Cathay Pacific bincang lancar penerbangan terus antara Tasmania dan Asia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Pemerintah Tasmania sedang berbincang dengan Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific untuk menubuhkan penerbangan terus antara Tasmania dengan Asia.
"Dengan peningkatan pada Lapangan Terbang Hobart, kami sedang berusaha untuk menawarkan laluan penerbangan terus antara Hobart dengan Asia," kata pemimpin Tasmania Jeremy Rockliff dalam catatan di Facebook pada Isnin (18 Nov).
"Kami sedang berbincang dengan kedua-dua SIA dan Cathay Pacific untuk membuat impian ini menjadi realiti, dan mewujudkan laluan terus ke beberapa lokasi menarik di Asia."
Buat masa ini, SIA menawarkan penerbangan ke tujuh bandar Australia, iaitu Brisbane, Cairns, Sydney, Melbourne, Perth, Darwin dan Adelaide. Syarikat penerbangan Hong Kong menawarkan penerbangan ke lima bandar pertama tersebut.
Untuk ke Tasmania, pelancong dari Singapura perlu menaiki penerbangan domestik selepas tiba di Australia. Selain itu, mereka boleh menaiki feri dari tanah besar Australia ke pulau tersebut.
Dalam respons kepada Mediacorp, SIA menyatakan bahawa ia "sering menyemak" rangkaian dan destinasinya. Syarikat penerbangan itu tidak menyatakan sama ada keputusan sudah dicapai untuk menyediakan penerbangan terus dari Singapura ke Tasmania.
"Jika terdapat sebarang tambahan pada rangkaian kami, kami akan mengumumkannya kepada umum pada masa yang sesuai," tambahnya.
Menurut pihak berkuasa pelancongan Tasmania, Singapura dan Hong Kong adalah pasaran "nilai tertinggi" bagi wilayah itu, kerana pelancong dari kedua-dua negara sering belanja lebih ketika berada di Tasmania.
Singapura adalah pasaran perbelanjaan kelima tertinggi bagi Tasmania pada Disember 2019, dengan 15,300 pelawat tiba di wilayah itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.