Skip to main content

Singapura

SIA buka semula persinggahan di Lapangan Terbang Changi bagi Australia, NZ

Para penumpang Singapore Airlines (SIA) dan SilkAir dalam perjalanan dari bandar-bandar terpilih di Australia dan New Zealand kini dibenarkan melakukan persinggahan lewat Lapangan Terbang Changi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Jun 2020 12:46PM Dikemas Kini : 11 Jun 2020 08:57PM

SINGAPURA: Para penumpang Singapore Airlines (SIA) dan SilkAir dalam perjalanan dari bandar-bandar terpilih di Australia dan New Zealand kini dibenarkan melakukan persinggahan lewat Lapangan Terbang Changi.

SIA mengumumkan di laman webnya bahawa persinggahan itu hanya dibenarkan untuk perjalanan keluar dari bandar-bandar tersebut dan akan berkuat kuasa mulai Khamis (11 Jun).

"Para penumpang dari tempat lain dalam rangkaian SIA Group tidak akan dapat melakukan persinggahan melalui Singapura ke bandar-bandar ini," kata syarikat penerbangan nasional itu.

Bandar-bandar di Australia itu termasuk Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth (menerusi Scoot) dan Sydney, sementara bandar-bandar di New Zealand adalah Auckland dan Christchurch.

Pemindahan juga hanya dibenarkan bagi penerbangan antara syarikat-syarikat penerbangan dalam SIA Group - SIA, SilkAir dan Scoot.

Buat masa ini, pemindahan melibatkan penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan lain tidak dibenarkan.

PENUMPANG TRANSIT, BUKAN TRANSIT, DIASINGKAN

SIA turut mengumumkan bahawa penumpang transit dan bukan transit akan diasingkan di Lapangan Terbang Changi.

"Ini adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami," kata syarikat penerbangan itu.

Apabila para penumpang melakukan transit melalui Lapangan Terbang Changi, mereka akan diberi gelang tangan yang menunjukkan akses ke ruang persinggahan yang ditetapkan.

Sekiranya waktu transit kurang 75 minit, penumpang akan dihalakan langsung ke pintu pelepasan.

"Untuk waktu transit lebih dari 75 minit, mereka akan dihalakan ke ruang menunggu yang dikhaskan di terminal keberangkatan sebelum menaiki penerbangan sambungan mereka," tambah SIA.

Para penumpang tidak akan dapat melakukan perhentian semasa perjalanan mereka dan harus berada di ruang transit sepanjang masa.

Semasa menaiki pesawat, penumpang transit akan menaiki pesawat terlebih dahulu, diikuti oleh penumpang bukan transit.

SIA menambah bahawa di dalam pesawat, zon tempat duduk akan dikhaskan untuk mengasingkan penumpang transit dan bukan transit.

"Penumpang harus tetap berada di zon yang ditetapkan sepanjang penerbangan," tambah syarikat penerbangan itu.

"Apabila sampai di destinasi, penumpang bukan transit akan turun dahulu diikuti oleh penumpang transit."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita